Apakah GMO? GMO (Genetically Modified Organism) secara ringkas adalah organisma yang telah diubah secara genetik. Perubahan genetik ini dilakukan dengan kaedah saintifik. Teknik yang digunakan adalah sama ada kaedah pemindahan genetik atau kejuruteraan genetik.

Secara amnya, proses GMO ini dilakukan kepada tumbuhan yang menjadi sumber makanan utama kita.

Kenapa ada GMO?

GMO diwujudkan pada dasarnya, untuk mencipta organisma yang lebih baik dari yang asal. Antara sebab utama kenapa terhasilnya produk GMO:

Aafiyat Lifestyle Musim 2

1. Melahirkan benih pertanian yang boleh bertahan menghadapi serangan serangga perosak. Ia membolehkan petani mengusahakan ladang pertanian masing masing tanpa perlu menggunakan racun serangga.

2. Melahirkan benih pertanian yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap racun perosak. Membolehkan petani menggunakan racun untuk menghapuskan tumbuhan perosak seperti lalang tanpa perlu risau akibatnya kepada hasil tanaman.

3. Melahirkan benih pertanian yang tahan kemarau. Membolehkan tanaman dilakukan di kawasan yang kurang sumber air.

4. Melahirkan benih pertanian yang mempunyai ketahanan tinggi terhadap penyakit tertentu. Petani tidak perlu risau akan serangan penyakit yang boleh menghapuskan seluruh hasil tanaman mereka.

5. Melahirkan benih pertanian yang mempunyai kadar nutrisi tertentu yang lebih tinggi. Contoh: Golden Rice – Benih Padi yang menghasilkan beras dengan kandungan B-Kerotene tinggi untuk memberikan vitamin A kepada anak anak dunia ketiga.

Risiko GMO?

Kajian yang lebih mendalam dan masa diperlukan untuk menguji hasil hasil GMO yang terbaru. Kesan sampingan dari pengambilan makanan dari benih benih baru ini masih belum diketahui. Kesannya mungkin bukan hanya kepada manusia sahaja. Segala hidupan sekitar juga mungkin ikut terkesan.