Asma merupakan penyakit yang tidak asing lagi bagi masyarakat di negara kita. Penyakit kronik berkaitan sistem pernafasan ini juga boleh membawa maut!

Pada saat genting seperti kini, pastinya agak menggusarkan para penghidap asma. Penyakit asma yg sering dialami oleh kanak-kanak dikatakan berpunca dari rumah, ada juga asal usul penyakit ini dari keturunan.

Mengikut kajian perubatan di dapati bahawa 14% dari kanak-kanak yg berumur antara 7-14 tahun menghidap penyakit asma. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pencemaran udara di rumah adalah salah satu punca penyakit ini.

Di antara unsur-unsur yang dikenal pasti ialah asap rokok, lingkaran ubat nyamuk, asap kayu dapur dan asap dapur minyak.

Pada kanak-kanak, fungsi pernafasannya akan menurun kira-kira 93.8% dari aras normal jika mereka terdedah pada asap rokok. Pendedahan pada asap-asap dalam rumah secara tidak disedari juga memberi kesan terhadap kemampuan pernafasan kanak-kanak.

Kesan pencemaran dalaman ini boleh membawa kepada penyakit batuk kronik, penyakit paru-paru di samping asma dan lelah.

Akibat serangan asma ini, kanak-kanak akan menghadapi kesulitan untuk bernafas, payah tidur, batuk bergelema, nafas berbunyi, mencungap-cungap, kahak sukar keluar dan lain-lain.

Bagi penghidap masalah asma pasti agak gusar akan wabak yang sedang menular kini.  

Wabak COVID19 yang menular difahamkan menyerang sistem pernafasan individu yang mengakibatkan kesulitan untuk bernafas. Pastinya hal ini amat membimbangkan para penghidap masalah kronik pernafasan seperti asma terutamanya.

Namun, ada berita baik buat kalian apabila melalui kajian klinikal yang dilakukan sejak tahun 1993 hingga 2021 menunjukkan keputusan positif berkaitan kesan pengamalan Minyak Habbatus Sauda terhadap pesakit asma. 

Percaya atau tidak bahawa pengamalan Minyak Habbatus Sauda merupakan antara makanan yang sangat berkhasiat untuk pengguna dengan  masalah asma ini.

Kandungan khasiat unik yang terdapat di dalam minyak habbatus sauda seperti kandungan zat Thymoquinone (TQ) berfungsi sebagai anti-keradangan.

Antara kaedah amalan yang dicadangkan adalah berpandukan kajian klinikal adalah 10 titis (0.5ml) Minyak Habbatus Sauda, diambil 2 kali sehari selama 4 minggu (Koshak et al., 2017).

Alhamdulillah manfaat positif yang direkodkan termasuklah Minyak Habbatus Sauda terbukti membantu mengurangkan keradangan di saluran pernafasan dan paru-paru, serta peranannya dalam membantu meluaskan saluran pernafasan sekaligus memudahkan individu asma untuk bernafas (Gholamnezhad Z et al., 2019).

Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat !

Beli Sekarang !

Rujukan: 

  1. Gholamnezhad Z, Shakeri F, Saadat S, Ghorani V, Boskabady MH. Clinical and experimental effects of Nigella sativa and its constituents on respiratory and allergic disorders. Avicenna J Phytomed, 2019; 9(3): 195-212.
  2. Koshak A, Wei L, Koshak E, Wali S, Alamoudi O, Demerdash A, Qutub M, Pushparaj PN, Heinrich M. 2017. Nigella sativa supplementation improves asthma control and biomarkers: A randomized, double‐blind, placebo‐controlled trial. Phytother Res, 31:403-409.