Tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang dikenali sebagai pembunuh senyap. Ia terjadi apabila saluran darah menjadi sempit dan menyebabkan jantung perlu mengepam dengan kuat. Lama – kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan berkumpul pada dinding dan akhirnya arteri akan menjadi keras. Hasilnya, tekanan darah tinggi akan tercatat tinggi di luar kebiasaan.

Halia 400x268

BAGAIMANA HALIA HIDUP BOLEH SEMBUHKAN TEKANAN DARAH TINGGI?

Halia cukup istimewa kerana ia mempunyai ‘rangsangan’ yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan kerana kelebihan itu ia boleh menurunkan paras gula dalam darah. Daripada itu, terdapat banyak kajian saintifik dilakukan yang menunjukkan halia menjadi remedi mujarab yang menghilangkan tekanan darah tinggi antaranya seperti berikut;

KAJIAN DARI UNIVERSITI ILORIN

Universiti Ilorin yang terletak di Nigeria telah menjalankan kajian ke atas 22 orang lelaki dan 38 orang wanita. Mereka kemudiannya di bahagikan kepada tiga kumpulan dan dalam setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang. Satu kumpulan ditandakan sebagai ‘Kumpulan pengawal’ dan dua lagi kumpulan sebagai ‘Kumpulan eksperimen’. ‘kumpulan pengawal’ diberi  minum air putih biasa manakala dua kumpulan lagi diberi serbuk halia. Tahap bacaan tubuh mereka diambil kira seperti ‘systolic blood pressure’, ‘diastolic blood pressure’ dan kadar denyutan jantung.

Pengambilan serbuk halia selepas dua jam oleh kedua – dua kumpulan eksperien itu menunjukkan penurunan paras bacaan ketiga – tiga kompenan yang dikaji itu tadi.

Healing Herbs 247x300

PENERBITAN BUKU MENGENAI HALIA, “THE NEW HEALING HERBS”

Michael Castleman, merupakan pemenang anugerah wartawan dan penulis Amerika telah menerbitkan sebuah buku yang menyebut kompenan halia memainkan peranan penting dalam menurunkan paras tekanan darah tinggi. Pengambilan halia akan menghalang pembentukan darah beku di bahagian arteri dan saluran darah.

PENULISAN JURNAL OLEH UNIVERISITY OF MAINE

Jurnal yang telah diterbitkan dari universiti ini menyenaraikan halia sebagai makanan rendah kandungan garam yang mana umum mengetahui, makanan tinggi dengan kadar sodium atau garam menyumbang kepada peningkatan darah tinggi. Sebaliknya halia tidak begitu.

AMALKAN HALIA DALAM DIET PEMAKANAN

Kelebihan yang ada pada halia bolehlah dicuba oleh anda semua yang mengalami masalah tekanan darah tinggi sebagai jalan usaha untuk menyembuhkan penyakit ini.  Usah risau dengan rasanya yang sedikit menyengat kerana anda boleh mempelbagaikan resepi herba halia dengan mencampurkan madu asli ataupun lemon atau mencampurkan ketiga – tiga bahan ini di dalam segelas air. Apa yang paling utama, penyakit tekanan darah tinggi boleh dikawal dengan cara pengambilan makanan yang sihat dan gaya hidup yang cergas seperti banyak melakukan senaman, berhenti merokok dan elak minum alkohol.

http://www.stylecraze.com/articles/take-ginger-say-good-bye-high-blood-pressure/2/