Berikutan dengan jumlah kes harian COVID-19 masih mencatatkan empat angka telah mendesak kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin sekali lagi mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP sehingga 24 Jun ini.

Usaha ini bertujuan mengurangkan risiko penyebaran dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak ini dari terus merebak kepada masyarakat.

Sementara menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin, anda perlu ada kesedaran untuk patuhi semua ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang telah digariskan oleh pihak kementerian dan keluar rumah jika ada keperluan sahaja!

Jagalah kebersihan diri dan kediaman bagi menjamin kesihatan diri dan ahli keluarga dari jangkitan penyakit.

Jangan lupa untuk elakkan 3C dan amalkan 3W – Gambar hiasan

 

Pada 25 Mei lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah membuat kenyataan akhbar berkaitan dengan kemasukan varian baharu iaitu varian South African B.1.351 dan varian Indian B.1.671. Hal ini sangat membimbangkan jika dibiarkan.

Namun, ada segelintir di antara kita yang masih berdegil ! 

Menurut akhbar Malaysia Kini, Polis Perak telah mengeluarkan 1,239 kompaun berkaitan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Sejumlah 244 kompaun direkodkan tidak memakai pelitup muka iaitu yang paling banyak daripada keseluruhan jumlah kompaun tersebut.

Peperangan kita bagi membanteras wabak ini masih belum berakhir ! 

Selain usaha vaksinasi yang giat dijalankan oleh pihak kerajaan, pemakanan sihat dan gaya hidup aafiyat juga sangat diperlukan bagi membendung wabak ini.

Antaranya adalah dengan pengamalan lemak sihat seperti Minyak Habbatus Sauda.

Pelihara diri dan keluarga dari wabak COVID19 ini dengan Minyak Habbatus Sauda bagi menyokong sistem imuniti anda.

Minyak Habbatus Sauda? Ada ke kajian yang melibatkan Minyak Habbatus Sauda dan COVID-19 ini? 

Learn More

Jawapannya sudah tentulah ada. 

✅ Minyak Habbatus Sauda atau Nigella Sativa ini sangat terkenal dengan sifatnya yang menyokong system imuniti badan (Islam M. N. et al., 2020).

✅ Bahan aktif dalam Minyak Habbatus Sauda dikenali sebagai Thymoquinone (TQ). Pencarian dalam talian PubMed, Scopus dan Google menunjukkan sekurangnya terdapat 288 artikel dan kajian mengenai peranan TQ dalam menyokong sistem imuniti tubuh. (Shaterzadeh-Yazdi et al., 2018).

✅ TQ terbukti mempunyai peranan “Immuno-modulatory” dimana ia membantu tubuh mengawal atur respon imuniti tubuh terhadap jangkitan. (Manoharan et al., 2021)

✅ Hasil yang diperoleh melalui dokumentasi molekul pula menunjukkan bahawa sebatian utama dari Habbatus Sauda (Nigellidine) juga yang boleh menghalang COVID-19 dengan kesan yang sama atau lebih baik berbanding dengan ubat-ubatan di bawah ujian klinikal menjadikan ianya berpotensi sebagai langkah pencegahan COVID19 (Bouchentouf, S., & Missoum, N. 2020).

Rujukan:

  1.  Idris , R., & Hasam, S. H. (2021, May 11). Seimbangkan keperluan kesihatan, rakyat ketika PKP. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/816003/seimbangkan-keperluan-kesihatan-rakyat-ketika-pkp.
  2. Health, D. G. of. (2021, May 25). Kenyataan Akhbar KPK 25 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia. From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. https://kpkesihatan.com/2021/05/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/.
  3. Islam, M. N., Hossain, K. S., Sarker, P. P., Ferdous, J., Hannan, M. A., Rahman, M. M., . . . Uddin, M. J. (2020). Revisiting pharmacological potentials of Nigella sativa seed: A promising option for COVID ‐19 prevention and cure. Phytotherapy Research, 35(3), 1329-1344. doi:10.1002/ptr.6895
  4. Shaterzadeh-Yazdi, H., Noorbakhsh, M., Hayati, F., Samarghandian, S., & Farkhondeh, T. (2018). Immunomodulatory and Anti-inflammatory Effects of Thymoquinone. Cardiovascular & Hematological Disorders-Drug Targets, 18(1), 52-60. doi:10.2174/1871529×18666180212114816
  5. Bouchentouf, S., & Missoum, N. (2020). Identification of Compounds from Nigella Sativa as New Potential Inhibitors of 2019 Novel Coronasvirus (Covid-19): Molecular Docking Study. doi:10.26434/chemrxiv.12055716
  6. Manoharan N, Jayamurali D, Parasuraman R, Govindarajulu SN. Phytochemical composition, therapeutical and pharmacological potential of Nigella sativa: a review. Tradit Med Res. 2021;6(4):32. doi:10.12032/TMR20210118216