Terdapat pelbagai cara minum minyak zaitun yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Namun adakah cara penggunaan minyak zaitun adalah sama?

Umumnya mengetahui kelebihan minyak zaitun yang bukan sahaja sebagai makanan bernutrisi tinggi namun ianya boleh membantu proses menurunkan berat badan dan boleh mencantikkan kulit. Terlebih dahulu perlu pastikan ianya adalah dari jenis ‘extra virgin’ yang terbukti keasliannya.

Oleh itu anda hendaklah mengetahui cara dan bilakah waktu yang sesuai untuk anda meminum minyak zaitun untuk amalan seharian anda. Di sini saya sertakan beberapa tips untuk anda amalkannya.

 

Tips 1 – Waktu Minum Minyak Zaitun

Anda disarankan minum minyak zaitun semasa perut kosong di waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Hal ini kerana usus terlebih dahulu menerima minyak zaitun dan menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk ke dalam perut. Kaedah ini berkesan untuk membantu masalah sembelit dan juga melanacarkan sistem pencernaan.

Selain itu juga ada yang mengambilnya selepas makan. Ianya tidak menjadi kesalahan kerana ianya dapat membantu proses penyerapan nutrien dari makanan yang diambil. Namun pengambilan sebelum makan adalah paling optimum dalam memastikan khasiat maksimum diperolehi.

Kajian di dalam Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat. Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan ke dalam perut.

TIPS 2 – Kaedah Minum Minyak Zaitun

Penggunaan yang paling ideal untuk minum minyak zaitun adalah dengan meminumnya begitu sahaja tanpa kapsul atau menambah apa-apa medium lain. Ini kerana bagi memaksimumkan khasiat diserap terus sebaik sahaja menyentuh lidah sehinggalah ke usus.

Ini bagi memastikan tubuh anda menyerap semaksimum mungkin khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun secara terus, justeru memberikan kesan yang hebat kepada kesihatan dalaman. Berbanding yang menggunakan kapsul, gelatin itu perlu cair terlebuh dahulu sebelum minyak zaitun dapat dikeluarkan. Malah kuantiti minyak dalam 1 sudu lebih banyak berbanding beberapa biji kapsul.

TIPS 3 – Kekerapan Minum Minyak Zaitun

Untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa peyakit, anda disarankan untuk minum minyak zaitun 2 kali sehari iaitu 1 sudu pagi dan 1 sudu waktu malam untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti saking jantung, kencing manis dan sebagainya, anda mungkin memerlukan sukatan yang lebih seperti 2 sudu sekali ambil dalam tempoh masa yang lebih singkat antara pengambilan.

Rujuk kepada penasihat pemakanan untuk khidmat nasihat lebih lanjut.

TIPS 4 – Kaedah Pengambilan Alternatif

Selain diminum begitu sahaja, minyak zaitun juga boleh disajikan dengan makanan yang lain. Anda boleh menggantikan penggunaan mentega dan marjerin kepada minyak zaitun.

Hal ini amatlah sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet untuk menggantikan marjerin yang dikategorikan sebagai lemak trans (tans-fat) berbanding minyak zaitun sebagai lemak sihat.  Caranya anda hanya perlu membakar roti kemudian sapukan sedikit atau cicah bersama minyak zaitun.

Anda juga boleh menjadikan minyak zaitun sebagai ‘dressing’ untuk salad. Hanya perlu masukkan minyak zaitun ke dalam sayur kegemaran anda. Contohnya anda campurkan salad seperti brokoli, lobak merah, tomato dan lain-lain. Gaulkan bersama minyak zaitun dan ratakan kesemuanya.

Minyak zaitun extra virgin tidak disarankan digunakan untuk menggoreng. Ini akan merisikokan minyak zaitun itu rosak dan hilang khasiat semulajadi. Untuk menumis atau menggoreng, gunakan minyak sawit yang lebih tahan pada suhu tinggi.

TIPS 5 – Sapu Minyak Zaitun Pada Kulit

Selain diminum dan digunakan dalam makanan, minyak zaitun juga boleh disapukan kepada kulit. Samada pada anggota bandan atau wajah anda.

Minyak zaitun membantu melembapkan kulit disamping anitoksida yang ada di dalamnya membantu untuk mencerah dan meremajakan wajah anda. Ianya sangat membantu bagi mereka yang ada masalah kulit kering, wajah berjeragat atau mempunyai masalah kulit.

Boleh sapukan nipis pada wajah sebelum tidur atau pada kulit yang bermasalah dan juga dijadikan minyak untuk urutan bagi bahagian yang sakit.

 

Sekian sahaja beberapa tips yang betul mengenai cara  minum minyak zaitun.  Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati, maka marilah kita bersama mengamalkan gaya hidup yang sihat bermula dari diri sendiri iaitu dengan cara pemakanan yang sihat dengan mengamalkan minyak zaitun asli dalam kehidupan seharian.

Jika anda tercari-cari minyak zaitun manakah yang sesuai dan berkualiti, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai khasiat minyak zaitun di sini. Dapatkan produk minyak zaitun keluaran Olive House untuk meningkatkan kesihatan anda dan seisi keluarga.

Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan dan kecantikan.  Marilah sama-sama kita memanfaatkan khasiatnya dengan menggunakan teknik dan cara yang betul meminum minyak zaitun. Pastikan anda menggunakan minyak zaitun extra virgin yang asli dan jenama yang dipercayai.