Antara perkara yang paling dirindui ketika tibanya bulan Ramadan ialah bersesak-sesak  di bazar. 

Yelah tahun 2020, kita semua tak dapat merasai suasana bazar Ramadan. Jadi, pasti tahun ini semua ‘excited’ untuk lakukan kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya  apabila setiap kali berada di bulan Ramadan. 

Keseronokan melihat pelbagai juadah makanan sampaikan jadi rambang mata melihatnya.

Lepas tu, mula lah ‘terbeli’ makanan lebih daripada yang sepatutnya. 

Jangan begitu ! 

Membazirkan amalan syaitan .

Kalau nak tahu, mengikut statistik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp), peratusan pembaziran makanan dijangka melonjak sebanyak 15 sehingga 20 peratus di bulan ramadhan. Hal ini sangat membimbangkan kerana banyak makanan yang terpaksa dibuang dan dibazirkan begitu sahaja. 

Menurut timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Aniadila Kamaruddin berkata, antara penyumbang kepada peningkatan pembaziran makanan adalah di bazar Ramadan.

Statistik yang dikeluarkan oleh SW Corp, telah mencatatkan bahawa rakyat Malaysia membuang lebih 15000 metrik tan (mt) makanan setiap hari manakala lebih 3000 mt terdiri daripada makanan yang masih boleh dimakan.

Hal ini bertentangan dengan prinsip dan budaya Islam yang mengesyorkan penjimatan dan tidak membazir. Perbuatan tersebut ditamsilkan sebagai saudara kepada syaitan seperti mana terjemahan firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 27:

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Untuk Ramadan tahun ini, ubahlah mentaliti anda dan ikuti tips ini untuk elakkan pembaziran makanan berlaku :

Masak di rumah

Kebiasaannya, bazar Ramadan menjadi pilihan untuk mencari juadah berbuka puasa. Apabila lapar, semua makanan pastinya nampak sedap ditambah pula dengan sifat tamak haloba yang menjadi punca mendorong kepada pembaziran.

Untuk mengelakkan pembaziran, anda digalakkan untuk memasak di rumah. Sebelum memasak, pastinya anda akan mencari bahan mentah terlebih dahulu bukan?

Sebelum ke pasar raya, sila  merancang menu masakan untuk seminggu dan menyenaraikan bahan-bahan dapur yang diperlukan terlebih dahulu sebelum membeli-belah. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pembelian mengikut nafsu.  

Simpan lebihan makanan dengan elok

Lebihan makanan semalam basi? Jika anda tidak menyimpan makanan dengan baik dan sempurna pasti makanan itu basi. Membazir bukan? 

Jadi, simpanlah dalam bekas yang ditutup rapat. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk. Mudah kan? Tetapi jika menyimpan itu berpada-pada, pastikan kita memakan makanan itu semula kurang dari lima hari . Yelah, kita semua ada perangai yang suka menyimpan dalam peti sejuk, terlupa tengok-tengok makanan sudah ‘mereput’ di dalam peti sejuk.

Rancang pembelian sebelum ke bazar Ramadan

Merancang sesuatu sebelum melakukannya adalah aplikasi yang sangat praktikal dalam kehidupan. 

Jadi, sebagai cara yang terbaik bagi mencegah pembaziran, anda digalakkan untuk merancang perbelanjaan anda. Senaraikan dan tetapkan bajet bagi mengelakkan pembaziran. Beli yang perlu tanpa mengikuti hawa nafsu.

 

Sedekahkan makanan yang belum disentuh kepada masjid

Jika ada masakan atau makanan lebihan setelah berbuka, anda digalakkan untuk bersedekah di masjid. Tapi, janganlah beri sisa makanan! Berilah yang masih belum disentuh dan seeloknya yang masih baru.

Di samping mendapat pahala bersedekah, anda juga dapat mengelakkan dari pembaziran. 

 

Titis Habbatus Sauda Dalam Masakan

 

Ya, ramai yang tidak tahu bahawa dengan titiskan minyak Habbatus Sauda ke dalam makanan dapat memanjangkan hayat kualiti makanan seterusnya melambatkan ia daripada basi.

Minyak habbatus sauda bersifat ‘antimicrobial’ telah dibuktikan melalui satu kajian yang dilakukan oleh dua buah universiti di Romania serta berpotensi sebagai pengawet semulajadi bagi makanan.

Titiskan 5-7 titis Habbatus Sauda kedalam makanan setelah ianya siap dimasak dan jangan risau kerana ia tidak akan menjejaskan rasa mahupun kualiti makanan.

 

Kesimpulannya, budaya membazir merupakan suatu budaya yang ditegah oleh agama. Bersederhanalah ketika berbelanja. Yang paling penting, ukur baju di badan sendiri.

Dapatkan Set Ramadan Raya yang kaya dengan kepadatan nutrisi dan bekalan tenaga sebelum menjelangnya Ramadan ini!

Apa tunggu lagi?

Tekan segera link ini….
http://bit.ly/setramadanraya

 

 

 

 

Rujukan:

  1. Hussin, M. (2019, May 9). Bazir makanan di bazar hingga 200 kg setiap hari. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/453936/bazir-makanan-di-bazar-hingga-200-kg-setiap-hari
  2. GEORGESCU, M. (2018). EVALUATION OF ANTIMICROBIAL POTENTIAL OF NIGELLA SATIVA OIL IN A MODEL FOOD MATRIX. FARMACIA, 66(6), 1028–1036. https://doi.org/10.31925/farmacia.2018.6.16