Diabetic Retinopathy adalah sejenis penyakit diabetik mata yang biasa dijumpai. Selalunya, penyakit ini dihidapi oleh seseorang yang telah lama menghidap penyakit diabetes (DIDIAGNOS ATAUPUN TIDAK). Jika tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko untuk menjadi buta akibat Retinopathy.

Bagaimana Boleh Terjadi Retinopathy?

Ianya terjadi apabila kandungan glukos di dalam darah berubah dan ini akan menyebabkan saluran darah di retina kita turut berubah. Saluran darah ini boleh membengkak dan bocor di belakang mata kita. Ini dipanggil (macular oedema).

Kapilari Darah Mata 795x447

Satu lagi boleh terjadi apabila saluran darah membesar dan membengkak di permukaan retina kita. Jika ini tidak dirawat, ia akan jadi lebih serius sehingga boleh menjejaskan penglihatan dan akan mengakibatkan seseorang itu menjadi buta akibat penyakit ini.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Kepada pembaca yang menghidap diabetis, adalah disarankan untuk melalui pemeriksaan Diabetic Retinopathy di klinik atau hospital berdekatan anda.

“Sama – Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat”

Rujukan:
https://www.diabetes.co.uk/diabetes-complications/diabetic-retinopathy.html
https://www.diabetes.co.uk/diabetes-complications/retinopathy-screening.html
http://www.moh.gov.my/penerbitan/CPG2017/6601.pdf