Apabila menyebut tentang minum susu yang dicampur madu, ramai akan cakap ia lebih enak dan memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan. Namun sejauh mana kebenarannya?

KELEBIHAN SUSU DAN MADU

Tepat sekali gabungan susu dan madu memberikan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan manusia.  Di dalam susu terdapat pelbagai jenis vitamin, mineral, kalsium dan nutrisi lengkap. Apabila ditambah bersama dengan madu asli yang mengandungi sejenis kompenan antioksida, anti bakteria dan anti radang ia bagaikan menggandakan kebaikan secara maksimum.

MENCANTIKKAN KULIT

Madu asli dan susu kedua – duannya membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada mudah diserang jangkitan bakteria dan menjadi agen pembersih kulit wajah. Sama ada anda minum atau madu asli dan susu disapu pada kulit wajah yang bermasalah, kulit anda akan lebih bersih, cerah dan berseri – seri.. Hal ini tidak perlu diceritakan lebih terperinci kerana telah banyak petua mengenai gabungan kedua – dua bahan ini memberi kesan yang sangat efektif untuk mengatasi pelbagai masalah kulit wajah

MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN

Satu lagi kelebihan madu ialah ia merupakan probiotik yang menghasilkan bakteria baik dalam sistem usus manusia. Ia akan berkerja bersama kebaikan susu untuk mengatasi masalah usus seperti kembung perut, kejang dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat mengganggu sistem penghadaman anda.

MENINGKATKAN STAMINA

Amalan bersarapan dengan segelas susu yang dicampur madu asli dapat meningkatkan tenaga kerana susu mengandungi protein dan madu asli mengandungi karbohidrat sihat yang bersesuaian untuk keperluan tubuh memacukan stamina. Kini anda sudah tahu menu sarapan yang sesuai untuk seisi keluarga dan paling penting, ia sangat cukup membuatkan anda bertenaga, cergas dan hebat!

TULANG KUAT DAN SIHAT

Seperti yang kita tahu, susu merupakan sumber yang kaya dengan kalsium. Begitu juga dengan madu. Kajian yang pernah dibuat mendapati madu asli berupaya membekalkan tubuh dengan kalsium. Kombinasi kedua – duanya akan membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan lebih banyak dan mencegah masalah osteoporosis atau radang sendi seperti gout.

RAHSIA AWET MUDA

Jika dibandingkan penduduk yang mengambil susu dan madu asli dalam diet harian mereka seperti Mesir dan India ataupun  tamadun purba dahulu  iaitu Yunani dan Rom , struktur badan mereka kuat, cergas dan memiliki usia yang panjang.  Ini kerana madu asli dan susu membekalkan faedah yang menyeluruh untuk seluruh tubuh badan. Antioksida yang terkandung di dalam susu bersama madu asli dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang  menyebabkan anda kekal muda dan sihat.

TIDUR NYENYAK

Anda cubalah  bancuh segelas susu  suam ditambah  madu asli dan minum sebelum  masuk tidur. Anda tentu tidak akan berjaga malam dan mendapat tidur yang lebih lena.  Kerana kedua – dua bahan ini mengandungi kompenan yang dapat merembeskan hormon serotonin yang membuatkan anda lebih relaks.

Sememangnya manfaat madu asli dan susu begitu besar untuk tidak diamalkan hari ini.  Untuk susu yang terbaik, anda bolehlah menggunakan susu kambing dan dapatkan madu asli seperti Madu Pergunungan Kyrgyzstan .