Bilakah hari terbaik untuk melakukan hubungan intim suami isteri? Antara soalan yang sering di tanya oleh pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat.

Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Allah hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid. Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan Allah mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri.

Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari
selepas hari subur, maka seorang isteri mempunyai peluang yang cerah untuk hamil.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid untuk meninggikan peluang untuk hamil.

Melakukan hubungan intim haruslah dilakukan pada kitaran yang mendatang dan diteruskan sehingga hamil.

Jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah.

Sumber: Website Dr. Zubaidi