Fakta mengejutkan 1 daripada 2 dewasa di Malaysia dalam kategori berat badan berlebihan & obesiti abdomen.

Obesiti adalah antara faktor yang memberi kesan kepada kesihatan jantung. Antara kaedah bagi menjaga kesihatan daripada obesiti termasuklah gaya hidup sihat seperti;

a) Pemakanan seimbang dan teratur.
b) Kurangkan pengambilan makanan proses dan lemak trans seperti burger, kentang goreng, makanan pastri serta marjerin.
c) Mengurangkan pengambilan makanan manis dan gula putih.
d) Pantau bacaan gula dalam darah sekurangnya 3 bulan sekali.
e) Aktifkan diri serta bersenam sekurangnya-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.

.
Antara yang menarik juga adalah satu kajian klinikal mengenai pengambilan Minyak Habbatussauda. Kajian ini melibatkan 90 orang wanita dengan masalah obesiti.

Mereka mengambil Minyak Habbatussauda sebanyak 20 titis (1ml), 3 kali sehari. Ia diambil selama 8 minggu. Hasilnya, ia menunjukkan kesan pengurangan berat badan termasuklah pengurangan ukur lilit pinggang.
(Mahdavi et al. 2015)

Jadi, apa maksudnya?

Maksudnya kita boleh meyakini bahawa Minyak Habbatussauda dapat membantu masalah ini. Ia sangat sesuai diamalkan bagi mendapatkan berat badan ideal dan ukur lilit pinggang yang optimum!

Apapun jangan terus ambil setengah sudu teh ya, ambil dulu dengan dos 7-11 titis. Pastikan keadaan pengguna sentiasa dipantau. Kemudian, tingkatkan penggunaan secara berkala mengikut kesesuaian individu.

Kurangkan pengambilan sodium (garam) dalam makanan termasuklah penggunaan kicap dan sos. Makanan tinggi sodium seperti mee segera, telur masin, ikan masin juga perlu dihadkan terlebih dahulu. Ini demi memastikan masa depan kesihatan yang lebih baik.

Jom ubah gaya hidup kita untuk hidup lebih aafiyat, insyaAllah.

Rujukan:
Mahdavi R, Namazi N, Alizadeh M, Farajnia S. Effects of Nigella sativa oil with a low-calorie diet on cardiometabolic risk factors in obese women: a randomized controlled clinical trial. Food Funct. 2015 Jun;6(6):2041-8. doi: 10.1039/c5fo00316d. PMID: 26029855.