Buah pinggang adalah organ yang penting dan mempunyai pelbagai fungsi untuk menjaga kesihatan kita. Antara fungsi utama buah pinggang kita ialah menapis kotoran dari 200 liter darah kita dalam masa satu hari, membantu membina sel darah merah, mengeluarkan hormon yang mengawal tekanan darah & mengawal kandungan potassium, garam dan asid di dalam badan.

Fungsi-fungsi berkenaan dan banyak lagi fungsi buah pinggang akan terjejas apabila sesorang menghidap penyakit Chronic Kidney Disease (CKD).

DATA pesakit buah pinggang pada 1993 menunjukkan 18 orang bagi setiap satu juta penduduk Malaysia menghidap penyakit buah pinggang. Selepas 20 tahun, pada 2013, angka itu meningkat kepada 23 orang bagi setiap satu juta penduduk.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Hasil kajian oleh kerajaan terus membimbangkan apabila diramal jumlah pesakit buah pinggang di negara ini meningkat menjadi 2.5 juta orang pada 2040.

Jumlah pesakit semakin meningkat di kalangan warga emas yang berumur 65 tahun ke atas. Dengan kata lain, apabila umur meningkat, pesakit buah pinggang turut meningkat.

Untuk lebih mengenali penyakit buah pinggang ini, kita perlu mengenali apakah penyebab penyakit buah pinggang atau Chronic Kidney Disease (CKD). Terdapat 5 faktor utama seseorang itu boleh menghidap penyakit buah pinggang, antaranya ialah:

  • Diabetes
  • Darah Tinggi
  • Keturunan yang menghidap penyakit buah pinggang
  • Lanjut Usia
  • Penggunaan ubat tahan sakit berlebihan

Mengapa Diabetes atau Darah Tinggi menyebabkan masalah buah pinggang? Untuk orang yang menghidapi Diabetes, kandungan glukos yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan kerosakan pada saluran darah di dalam buah pinggang.

Ini kemudian akan menyebabkan proses penapisan toksin yang tidak efisien dan secara langsung membuatkan buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menapis toksin. Tekanan darah yang tinggi juga akan merosakkan saluran darah dan juga menyebabkan proses penapisan darah menjadi tidak efisien.

Keratan Rentas Buah Pinggang 795x447

Bagaimana Mengesan Simptom Sakit Buah Pinggang?

Pada peringkat permulaan, agak sukar untuk dikesan simptom-simptom penyakit buah pinggang kerana ianya amat mudah untuk terlepas pandang & mungkin dianggap seperti penyakit biasa. Antaranya ialah:

  1. Kurang selera makan
  2. ‘Swelling Extremities’ – kaki atau tangan yang membengkak
  3. Kekejangan otot waktu malam
  4. Benjolan / kulit menimbul di sekeliling mata
  5. Kulit kering & gatal
  6. Perubahan dalam kekerapan kencing

Jika dibiarkan ia melarat, penyakit buah pinggang ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami mual-mual yang teruk, muntah-muntah, sesak nafas, kepenatan ataupun kematian.

Penyakit buah pinggang juga boleh meninggikan risiko seseorang itu menghidapi penyakit jantung dan strok.

“Sama – Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat”

Rujukan:
Utusan online bertarikh 26 Disember 2017 berkenaan penyakit buah pinggang

Why you shouldn’t take your kidneys for granted