Untuk episod ke 13 program Aafiyat Lifestyle, penonton akan bersama hos tetap program, Azizah Ariffin, Dr. Norman Norawi dan artis jemputan, Angah mengenali lebih mendalam tentang penyakit kanser sebagai pembunuh senyap yang menakutkan.

Kanser ataupun ketumbuhan adalah sejenis penyakit akibat pertumbuhan sel – sel tidak normal di dalam badan yang membiak secara abnormal dan merebak ke kawasan tubuh yang lain.

Kanser boleh dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat. Namun pencegahan adalah langkah terbaik untuk melawan penyakit kanser. Caranya ialah sentiasa melakukan pemeriksaan dan menjaga pemakanan.

Seperti yang ramai ketahui, kanser memiliki tahap – tahap tertentu. Seperti tahap pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kebiasaannya, apabila seseorang itu telah sampai ke peringkat terakhir atau tahap empat, ia akan menjadi jalan penamat riwayat seseorang itu. Namun, adakah ia benar atau masih boleh dicegah?

Untuk sesi bersama pakar Aafiyat Lifestyle, mereka telah menjemput Dr. Salman Amiruddin , merupakan seorang pensyarah dan doktor pakar telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di Universiti Sultan Zainal Abidin.

Beliau menerangkan, sel yang menjadi kanser pada awalnya merupakan sel normal. Namun apabila sel normal terdedah kepada proses kasinogenesis yang berterusan, ia akan merosakkan DNA dan menghasilkan sel – sel kanser.

Punca – punca asas kepada perubahan sel DNA ini dibahagi kepada dua punca iaitu punca dalaman (endogenous) dan punca luaran (exogenous).

Perubahan metabolisma dalaman (endogenous) terjadi bila mana sel melakukan metaboslima sebagai salah satu proses normal namun ia mengeluarkan radikal – radikal bebas. Dan radikal bebas ini akan mengalir melalui darah dan memberi kesan kepada sel – sel lain. Salah satu contohnya seperti stress.

Dan punca luaran (exogenous) pula ialah  pencemaran daripada radikal bebas seperti asap kenderaan, rokok, cahaya matahari dan pemakanan.

Kita boleh mencegah DNA daripada berubah menjadi sel kanser melalui pemakanan yang sihat. Pun begitu, apabila seseorang itu telah sampai kepada kanser tahap empat atau terakhir, kaedah pencegahan melalui pemakanan tidak efektif. Pesakit perlu melalui pembedahan.

Contoh – contoh pembentukan kanser dalam badan berlaku seperti jika terdapat ulser berterusan di dalam mulut yang walaupun telah dirawat tetapi ia tetap tidak sembuh – sembuh. Kebanyakan punca utamanya ialah kerana merokok.

Kanser payudara pula berlaku daripada faktor hormon yang terganggu akibat daripada pengambilan minyak yang salah seperti minyak asid lemak trans seperti marjerin dan krimer.

Program Aafiyat mendedahkan, minyak terbaik untuk mencegah kanser payudara ialah minyak zaitun. Berdasarkan jurnal yang dibaca oleh Dr. Norman, hanya setitis minyak zaitun yang di letakkan di atas sel kanser yang ada pada seekor tikus, sel kanser itu terus mati. Ini kerana minyak zaitun bertindak dengan pantas sebagai anti kanser.

Tambahan lagi, minyak zaitun mengandungi lemak sihat iaitu mono unsaturated asid, asid oleik, antioksida, vitamin E dan oleuropein yang membantu mencegah kanser.

Amalan berterusan dengan pemakanan yang tinggi kandungan antioksida seperti minyak zaitun dan jus delima Azerbaijan keluaran Olive House, boleh menghasilkan antioksida yang berlipat kali ganda. Memberi perlindungan maksimum untuk tubuh daripada serangan penyakit kanser, si pembunuh kejam.