Baru-baru ini dalam group Gerobok Rezeki ada yang berkongsi pengalaman semasa menyampaikan bekalan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan. Empang air mata tu macam nak pecah tapi tahan juga la.

Bagi yang tak terjejas, masih ada pekerjaan, masih terima gaji macam biasa mungkin la tak terasa. Tapi yang sedang mengharungi cabaran tu memang perit dan pedih.

Sedar atau tidak, Covid19 ni juga beri kesan teruk pada kesihatan mental. Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia melaporkan 1078 kes bunuh diri telah direkodkan sepanjang 2019 sehingga Mei 2021.
Sumber: https://twitter.com/PDRMsia/status/1410444834494566400

Baru-baru ini juga ada terima kunjungan kawan lama. Bertahun tak jumpa. Nampak sugul dan sedih je. Dulu kerja industri penerbangan tapi sejak Covid19 ni faham-faham je la.

Dia baru balik ambil result medical check up katanya. Badan dia dah lama rasa tidak sihat. Isterinya dah lama membebel suruh buat pemeriksaan tapi dia tangguh bagi macam-macam alasan.

Bila dapat result kolesterol tinggi, tekanan darah pun ada tinggi sedikit dan doktor suspek ada salur darah tersumbat berdasarkan gejala yang ada.

Ramai tak sedar stress ni boleh jadi punca sakit jantung akibat salur darah tersumbat. Stres ni akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak dan kolesterol yang akan menutupi saluran darah.

Korang kalau ada tanda-tanda sakit dada macam mencucuk-cucuk, berpeluh tiba-tiba tanpa sebab, sering pening kepala (rasa berpusing), nafas pendek dan tekanan darah menjadi tinggi cepat-cepat la pergi dapatkan pemeriksaan tau. Jangan bertangguh atau ambil ringan je.

Sebelum dia balik, aku hadiahkan sebotol minyak kelapa sawit merah dan madu. Pesan aku;
“Man, jaga kesihatan Man, kau muda lagi, anak-anak masih kecil, amalkan minyak kelapa sawit merah dan madu tu. Bagus untuk jantung dan urus tahap stres. Insyaa Allah. Kita ikhtiar. Sihat tu jihad Man!”

Aku doakan dia kembali kuat dan dapat uruskan tekanan yang dihadapi dengan baik. InsyaAllah. Sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat. 🤗

Rujukan: https://kl.utm.my/pendaftar/files/2017/10/Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf