Jus buah delima sangat kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan manusia. Antaranya ialah seperti Vitamin C, zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, kalsium dan fosforus.  Semua zat yang terkumpul dalam jus delima ini hanya boleh ditemui di dalam jus buah delima asli tanpa bahan campuran lain.

KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN

Kajian menemui antioksida di dalam jus buah delima asli yang dikenali sebagai anthocyanin ellagic acid, gallic acid, flavonoids serta quercetin memberikan perlindungan kepada tubuh manusia daripada serangan penyakit berisiko tinggi seperti kencing manis, sakit jantung, pelbagai jenis kanser dan radang sendi atau osteoarthritis.  Tidak hairanlah mengapa jus buah delima telah digunakan sebagai alternatif mencegah dan mengubati sebarang masalah berkaitan kesihatan dan kecantikan di negara semenanjung Arab seperti  Syria, Iraq, Arab Saudi, Turki dan lain – lain untuk beribu – ribu tahun lamanya.

MENINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG

Bagaimana? Jus buah delima akan membantu memastikan saluran arteri berada dalam keadaan fleksibel dan menurunkan risiko berlaku keradangan dalam saluran darah. Dengan caara inilah ia dapat membantu mengelakkan atherosclerosis, penyebab kepada serangan jantung boleh terjadi. Selain itu, ia akan menghalang sebarang sekatan dalam saluran arteri yang menganggu aliran darah ke jantung dan otak. Malah, jus buah delima asli akan menghambat kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik dalam badan. Kelebihan jus buah delima sebagai anti – atherogenic memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan jantung anda.

MENGEKALKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Tidak seperti kebanyakan buah lain yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah, jus buah delima tidak menunjukkan tanda – tanda paras gula dalam darah akan meningkat meskipun diminum oleh pesakit kencing manis setiap hari selama dua minggu berturut – turut.

MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Minum jus buah delima dapat membantu mengurangkan luka dan radang dalam pembuluh darah pada pesakit jantung. Ia bagaikan aspirin semulajadi yang melindungi darah daripada membeku dan membentuk gumpalan darah.

MENGURANGKAN RISIKO PEMBENTUKAN KANSER

Diminum secara setiap hari dapat menyingkirkan radikal bebas daripada badan dan menghalang perkembangan sel – sel kanser serta penyakit yang lain. Kandungan antioksida yang tinggi merangsang sel darah putih untuk meneutralkan toksin di dalam badan dan menghasilkan peningkatan sistem imunisasi yang lebih kuat dan sihat. Jus buah delima mengandungi ‘apoptasis’ sejenis proses di mana sel akan menghancurkan dirinya sendiri terutamanya sel yang membawa kepada masalah pembentukan kasner. Di samping itu, jus buah delima akan bertindak untuk menyekat ‘aromatase’ sejenis enzim yang mengubah androgen kepada estrogen, iaitu hormon yang ‘bertanggungjawab’ menyebabkan pembentukan kanser payudara.

MENJAGA IBU DAN KANDUNGAN

Membekalkan pelbagai vitamin dan mineral termasuklah asid folik yang penting untuk keperluan ibu dan janin. Jus buah delima berperanan sebagai anti radang yang memastikan aliran darah sentiasa dalam keadaan stabil. Manakala potassium di dalam jus membantu wanita hamil daripada mengalami kaki kejang dan menyelesaikan banyak lagi  masalah berkaitan sepanjang kehamilan. Apabila wanita hamil mengambil jus buah delima secara konsisten dari awal kehamilan sehinggalah di penghujung trimester ia dapat membantu menurunkan risiko kelahiran bayi pra matang, bayi lahir kurang berat badan dan sebagainya.

RASAI PENGALAMAN MINUM JUS BUAH DELIMA

Terlalu banyak kelebihan yang terdapat dalam segelas jus buah delima asli untuk diceritakan di dalam artikel ini. Boleh jadi, anda sendiri tidak akan habis untuk membacanya. Begitulah hikmahnya ciptaan buah delima oleh Tuhan, tidak lain tidak bukan ianya merupakan kurniaan terbesar yang dapat dimanfaatkan oleh manusia. Anda hanya akan merasai impaknya pada kesihatan dan kecantikan apabila merasai, mencuba dan mencipta pengalaman sendiri dengan minum jus buah delima. Pastikan anda pilih yang original untuk menikmati kehebatannya!