Pokok Buah Tin dikatakan antara pokok pertama yang didomestikkan oleh manusia. Ada riwayat yang mengatakan pokok buah Tin asalnya ditanam oleh para petani dari Timur Tengah. Mereka dapati bahawa pokok buah Tin ini begitu senang untuk ditanam dan dicambah meskipun berada dalam keadaan geografi yang panas, tandus dan kering kontang.

Pada masa itu, para petani berinovasi ini berjaya menghasilkan banyak pokok buah Tin.  Mereka hanya menanam semula dahan dari pokok buah Tin yang asal. Dalam masa dua atau tiga tahun sahaja, dahan yang datang dari pokok induk tadi menjadi matang dan menghasilkan buah yang banyak.

Jadi, tidak hairanlah khabar berita tentang kebaikan buah tin ini tersebar dengan begitu cepat dan menyeluruh. Berita mengenainya tersebar sehingga ke pelusuk Mediterranean dan kemudian ke Eropah. Dimana sahaja kapal berlayar dan kemana sahaja ‘Caravan’ unta pergi, buah tin dibawa untuk berdagang. Kebaikan dan khasiatnya dikongsi beramai ramai.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Tahun demi tahun, abad demi abad, semakin ramai mengenali khasiat dan kebaikan buah Tin. Sehinggalah tiba giliran para petani dari Sepanyol, Portugal, Maghribi(Morocco), Turki, Greece, Perancis dan lain-lain lagi untuk menanam dan mengkacuk buah tin. Akhirnya terhasillah pelbagai jenis buah Tin.

Jom kita tengok beberapa jenis buah tin yang ada dan kenali sejarah dan khasiatnya.

Buah Tin Black Mission

Buah Teen Black Mission 795x447

Antara variasi buah tin yang paling digemari dan senang dijumpai di seluruh dunia adalah Buah Tin Black Mission (Common Fig). Buah tin ini dipercayai datang daripada benih pokok yang berada di Kepulauan Balearic, Timur Sepanyol dimana disitu juga terdapat Pulau Mallorca, sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai pantai-pantai yang cantik.

Jenis buah tin ini, dulunya dikenali sebagai Franciscana kerana diangkat sebagai Buah Tin Utama oleh Pergerakan Katolik di waktu itu. Semasa Sepanyol datang ke benua Amerika, industri buah tin berkembang pesat di daerah California dan namanya ditukar kepada Black Mission.

Buah tin yang dibeli dan dimakan pada hari ini, majoritinya adalah daripada variasi Black Mission (Common Fig) ini.

Bagaimana pula dengan rasanya? Buah tin ini bersaiz agak kecil dengan isinya lembut berwarna merah jambu. Isi didalamnya sarat dengan biji dan memberikan rasa yang rangup dan lembut apabila dikunyah. Tekstur nya pula, bagi buah yang sudah masak, isinya lembut ibarat jem. Buah tin ini, apabila dipetik yang kering, rasanya seakan buah prun, tetapi lebih manis dan kenyal.

Buah Tin Brown Turkey

Buah Teen Brown Turkey 795x447

Buah Tin Brown Turkey ini amat popular. Ia juga ditanam di merata tempat di seluruh dunia. Mengikut sumber, ianya diperkenalkan di England pada sekitar awal abad ke-18. Kemungkinan besar dibawa oleh pedagang Itali.

Ada juga sumber menyatakan Buah Tin Brown Turkey ini pertama kali didokumentasikan di Provence, France. Buah tin ini telah melalui proses naturalisasi untuk membolehkan ia tumbuh dalam iklim separa sejuk di Barat Mediterranean. Pokok buah tin ini akan lebih subur jika ia ditanam di iklim yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun seperti di Selatan California, Timur Tengah dan juga Asia Tenggara.

Buah Tin Desert King

Buah Teen Dessert King 795x447

Buah Tin Desert King ini ialah jenis buah tin yang boleh tumbuh di kawasan sejuk terutama di Barat Laut benua Amerika. Pokok Buah Tin jenis ini dikatakan dijumpai buat pertama kalinya di daerah Madera, California pada tahun 1930. Buah Tin Desert King ini berbentuk seakan jambu air, berwarna hijau dan mempunyai isi yang merah-keunguan. Apabila buah ini telah masak sepenuhnya, kulitnya akan bertukar dari hijau ke sedikit kekuningan.

Buah Tin Sierra

Buah Teen Sierra 795x447

Sierra ialah variasi baru Buah Tin yang berkulit hijau yang menyerupai variasi Calimyrna, berasal dari Barat Turkey. Buah tin ini besar dan bulat. Ianya biasa dimakan dengan keju dan minyak zaitun.

Begitu lah beberapa jenis buah tin yang terdapat di seluruh dunia. Ternyata buah tin ini amat unik dan mempunyai banyak variasi mengikut iklim dan kacukan. Mana satu anda pernah cuba dan yang manakah menjadi pilihan hati?