Pernah tak anda bayangkan apa yang berlaku dalam tubuh saat mendapat serangan jangkitan bakteria atau virus?

Semasa badan diserang jangkitan (bakteria atau virus), imun sel akan bertindak untuk mengesan, mengenalpasti dan melawan jangkitan tersebut. (Proses phagocytosis nama dia).

Process phagocytosis secara tidak langsung menghasilkan radikal bebas yang akan menyebabkan keradangan (inflammation) berlaku dalam tubuh.

Jika keradangan oleh radikal bebas ini tidak terkawal, ianya akan merosakkan lebih banyak tisu dan menjadikan jangkitan lebih parah sehingga membawa kepada kematian.

Jadinya, tubuh anda memerlukan bahan yang boleh mengawal selia sistem keradangan (inflammatory) dengan baik. Yang boleh control proses tu supaya terkawal.


Apa yang diperlukan tubuh anda ialah makanan super yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-inflammatory seperti:

-Vitamin C (dalam buah-buahan citrus)
-Hydroxytyrosol (dalam minyak Zaitun)
-Thymoquinone (dalam Habbatus Sauda)
-Polyphenol (dalam madu, buah-buahan, sayur-sayuran, minyak zaitun)

Bahan yang bersifat antioksidan ini yang bantu mengawal proses yang berlaku dalam tubuh yang terkena jangkitan tu agar stabil.

Adakah Vitamin C, Minyak Zaitun, Habbatus Sauda membunuh virus?
Tidak!

Tetapi kandungan antioksidan yang ada di dalamnya bertindak sebagai pro-inflammatory yang bertindak menstabilkan tindak balas dalam tubuh agar tidak berlaku kerosakan tisu secara tidak terkawal.

Dengan itu, pesakit akan mampu bertahan sementara sistem pertahanan tubuh secara semulajadi menghasilkan antibodi yang akan melindungi tubuh dari jangkitan di masa akan datang.