Misi Aafiyat Lifestyle

Antara misi pengasas OLIVE HOUSE iaitu Ustaz Aidil Azwal bin Zainudin bergiat sebagai usahawan adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang khasiat produk-produk Olive House kepada masyarakat Malaysia seterusnya dikembangkan lagi dengan memperkenalkan konsep Aafiyat melalui program TV Aafiyat Lifestyle yang merupakan rancangan perkongsian ilmu dan informasi mengenai kesihatan dan pemakanan sihat.

Aafiyat membawa pengertian kesejahteraan yang antaranya merangkumi aspek kesihatan dalam kehidupan. Pemakanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan setiap individu dan ilmu mengenainya penting untuk menjalani kesejahteraan hidup.

Maka lahirlah konsep Aafiyat Lifestyle untuk dikongsikan dengan semua melalui laman ini.

Program TV

Aafiyat Lifestyle Musim 1 telah bersiaran setiap minggu di TV AlHijrah dari Ogos hingga Oktober 2016.

Aafiyat Lifestyle Musim 2 akan terus bersiaran di Astro OASIS mulai 23 Februari 2018 dengan hos kegemaran Azizah Ariffin selama 13 Episod.

Setiap musim Aafiyat Lifestyle akan memberi fokus kepada topik-topik yang relevan bagi rakyat Malaysia seperti masalah penjagaan mata, buah pinggang, jantung, otak, resdung dan banyak lagi. Doktor dan pakar kesihatan & pemakanan dijemput untuk mengupas aspek-aspek pemakanan dalam konteks perubatan dan sains.

Rancangan ini turut diwarnai dengan artis-artis jemputan di dalam setiap episod yang berkongsi amalan pemakanan aafiyat dan di musim ke-2 akan menyentuh tentang pembetulan kesilapan-kesilapan yang lazim dalam pemahaman tentang kesihatan dan pemakanan.

Ikuti Bicara Pakar Dalam Rancangan Aafiyat Lifestyle

Layari Aafiyat Lifestyle Channel