Obesiti atau kegemukan adalah satu penyakit yang sedang tular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia merupakan penyakit tidak berjangkit atau non-communal diseases (NCD) yang kian menyerang negara membangun.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, kita akan berpuasa selama sebulan sebelum menyambut Hari Raya. Disamping memberi lebih tumpuan kepada aktiviti ibadah, elok kita gunakan peluang ini untuk tingkatkan tahap kesihatan kita terutama yang ada masalah obesiti.

Sebelum itu, kita perlu mengenalpasti apa itu obesiti, faktor yang menyebabkan obesiti, serta cara-cara mengatasi.

Apa itu obesiti?

Obesiti adalah satu keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Ia boleh diukur menggunakan pengiraan Body Mass Index (BMI).

Lelaki dikategorikan sebagai obese jika mempunyai kadar lemak sebanyak 25%. Bagi wanita pula, lebihan lemak sebanyak 35%.

BMI adalah indeks pengukuran berat badan dibandingkan dengan ketinggian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan klasifikasi obesiti sebagai rujukan. Selepas ukur BMI, anda boleh rujuk kepada kategori dan klasifikasi obesiti.

Punca obesiti

Obesiti boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun, punca utama berlakunya obesiti adalah pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup tidak seimbang.

Waktu makan yang tidak tentu, termasuk makan lewat malam, menyumbang pada obesiti. Ia boleh menyebabkan pengambilan makanan yang berlebihan. Kemudian, badan tidak menggunakan kalori yang diambil lalu disimpan sebagai lemak dalam badan.

Pemakanan yang tidak sihat juga boleh menyebabkan obesiti. Sebagai contoh, makanan segera dan minuman bergula yang diambil secara kerap.

Gaya hidup yang tidak seimbang merujuk pada kurangnya bersenam. Selain itu, masyarakat kini ramai yang kurang melakukan aktiviti fizikal. Lalu, menyebabkan lemak dalam badan dihimpun menjadi obesiti.

Kesan obesiti

Obesiti merupakan salah satu faktor risiko kesihatan bagi pelbagai penyakit kronik. Kadar obesiti yang kian meningkat di kalangan rakyat Malaysia adalah perkara yang membimbangkan.

Ia bukan sahaja boleh mengurangkan kualiti hidup pesakit, malah boleh membawa maut. Antara penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

  • Diabetes
  • Kolesterol tinggi
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Gout
  • Strok
  • Sindrom apnea tidur

Cara mengatasi

Usah risau, obesiti boleh diatasi. Alang-alang bulan puasa hampir tiba, apa kata cuba kurangkan berat badan sambil berpuasa. Ia bukan bermaksud anda tidak boleh makan langsung, tetapi makan dengan cara yang betul.

Anda boleh cuba cara-cara ini:

  1. Rancang waktu makan

Pada bulan puasa, mudah untuk anda merancang waktu makan. Ini kerana waktu makan hanya ketika sahur dan berbuka.

Namun begitu, anda perlu beringat supaya tidak terlebih makan ketika berbuka. Selain itu, aktiviti moreh selepas terawih juga sering menyebabkan makan berlebihan. Oleh itu, pastikan pengambilan makanan anda dari makanan yang menyihatkan dan dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

  1. Kurangkan makanan bergoreng

Makanan yang digoreng dan berminyak sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Elakkan makanan deep-fried dan banyakkan makanan yang direbus atau stim. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jika perlu menggoreng makanan seperti ikan dan telur, kurangkan kuantiti minyak masak. Kawal penggunaan minyak yang sama kepada 2-3 kali

  1. Elakkan makanan segera dan minuman bergula

Makanan segera dan minuman bergula adalah makanan yang perlu dielakkan. Ini merupakan factor penyumbang terbesar kepada masalah ini. Kerana ianya adalah karbohidrat jenis ringkas (refined carbo) yang meningkatkan pengumpulan lemak dalam badan seterusnya mendedahkan kepada risiko penyakit kronik.

  1. Banyakkan senaman dan aktiviti fizikal

Berpuasa bukan alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan berjogging. Selepas berbuka, kalori yang diambil boleh dibakar melalui aktiviti solat terawih. Oleh itu, rajinkan diri untuk melakukan ibadah sunat seperti solat terawih berjemaah dan solat di tengah malam.

  1. Banyakkan good food

Good food seperti biji chia dan minyak zaitun adalah sangat bagus untuk kesihatan. Malahan, ia boleh membantu meningkatkan metabolisme badan, memberikan tenaga dan kandungan antikoksidanya yang tinggi membantu pelihara kesihatan kita. Sudah tentu ianya makanan yang baik bagi mereka yang dalam proses menyingkirkan lemak dalam badan.

Olive House

Olive House menawarkan pati minyak zaitun Olivie Plus 30x. Ia diperah dari buah zaitun yang ditanam di lembah Mediterranean.

Pati minyak zaitun ini merupakan 100% asli, tidak bercampur dan tidak bertapis. Dikenali juga sebagai Extra Virgin Olive Oil (EVOO), ia mengandungi antioksida yang tinggi.

Cara pengambilan adalah sangat mudah. Hanya perlu makan 1-2 sudu besar pada waktu pagi dan waktu malam. Dapatkan segere pati minyak zaitun di Olive House.