Selesai sudah sebulan berpuasa, 

Kini tiba Aidilfitri mulia,

Persiapan sudah dilaksana, 

SOP diumum sedih terasa.

 

Keghairahan sambutan Aidilfitri menjadi hambar dengan peningkatan jumlah kes harian Covid-19 yang membimbangkan sehinggakan kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan perintah kawalan pergerakan.

 

Hal yang demikian berpunca dari kesedaran masyarakat tentang bahana wabak ini semakin menipis.

 

Ia telah menyumbang kepada peningkatan jumlah kes secara mendadak dan tidak terkawal.

Cuba anda bayangkan jika ahli keluarga anda terkena jangkitan virus ini disebabkan oleh kedegilan anda! 

Baru hendak menyesal?

 

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya sangat sesuai diadaptasi dalam situasi ini.

 

Menurut kajian Majlis Keselamatan Negara (MKN), anggaran bilangan kes harian COVID-19 mampu mencapai sehingga 10,000  kes oleh kerana kedegilan rakyat yang mementingkan diri sendiri.

 

Jumlah kematian harian yang dicatatkan pada 25 Mai lalu telah mencapai 63 kematian.

 

Data status COVID-19 pada 26 Mei yang lepas oleh Instagram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Ia sangat membimbangkan bukan?

 

Biarpun ramai yang agak berang pada kerajaan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketat semula menjelang Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini telah membantutkan hasrat para perantau di kota untuk pulang beraya di desa halaman.

 

Namun, pada situasi yang memuncak kini, adalah wajar tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak ini dari terus bermaharajalela.

 

Contohilah semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh para pejuang Palestin yang bergadai nyawa mempertahankan tanah air mereka.

Kita pula hanya perlu duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak yang semakin mengganas kini.

 

Peliharalah kesihatan anda dan keluarga dengan ‘Set Natural Immune Booster’ semula jadi Olive House.

 

Ia dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi menentang virus dan wabak yang belegar-legar di sekeliling kita.

 

Kesihatan adalah anugerah yang tiada tolok bandingnya.

 

Mencegah lebih baik dari mengubati!

 

Rujukan:

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia. Instagram. 26 May 2021. https://www.instagram.com/p/CPVU3z5A507/?utm_medium=copy_link

 

  1. Laman web Aafiyat2u. Natural Immune Booster Set:  https://aafiyat2u.com/products/33/options/natural-immune-booster