Episod Pertama Aafiyat Lifestyle Musim ke-2 ini membawa tajuk “Power Up kan Kebahagiaan Rumahtangga”. Episod ini pastinya padat dengan informasi mengenai “Tenaga” dan tips rumahtangga. Ia turut membawakan kepada anda 3 orang ahli panel iaitu Dr Zubaidi Hj Ahmad, Zulkifli Azhari (Ejoy Azhari) dan Syarifah Shahirah (Shiera).

Sebelum kita teruskan dengan topik perbincangan, ada baiknya kita berkenalan terlebih dahulu dengan ahli ahli panel jemputan.

Panel Jemputan Aafiyat Lifestyle Musim Ke-2 Episod 1

Profail Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Doktor Zubaidi adalah seorang doktor yang telah mempunyai kelulusan MBBS, Dip in Medical Nutrition. Beliau adalah Doktor Kanan Klinik Perubatan Nusa, Nusajaya. Doktor juga seorang ahli dalam Pertubuhan Doktor Doktor Islam Malaysia (PERDIM).

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Doktor Zubaidi adalah penulis buku “Saya Takut Jarum” dan juga mengendalikan website sendiri di drzubaidi.com
Beliau turut bergiat aktif sebagai pembimbing “Pemakanan Sihat untuk Pesakit Kronik”.

Profail Zulkifli Azhari (Ejoy)

Ejoy, adalah seorang pelakon yang telah bergiat dalam industri lakonan sejak awal 80an lagi. Amalan gaya hidup aafiyat yang beliau lakukan adalah bersukan, banyak berjalan dan kurangkan makan.

Profail Syarifah Shahirah (Sheira)

Sheira adalah seorang pelakon yang mula bergiat dalam industri semenjak 2008. Amalan gaya hidup aafiyat yang beliau lakukan adalah kurangkan manis, makan nasi tidak tambah dan cukup tidur.

Kedua dua Sheira dan Ejoy adalah pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga selama 15 tahun.

Topik Utama Perbincangan Episod Ini – Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

Menurut Sheira, rahsia kebahagiaan rumahtangga mereka adalah Redha. Sheira ingat pesan ibunya. Redha, bila redha .. lega.

Bila bercakap berkenaan kebahagiaan rumahtangga, tidak dapat lari dari topik hubungan intim atau seksual.

Dua topik utama yang dibincangkan dalam episod ini adalah masalah “Libido” dan “Erectile Dysfunction”. Tidak boleh tidak, di dalam mana mana perbincangan mengenai topik kebahagiaan rumahtangga, kedua-dua topik ini pasti akan muncul.

Libido membawa maksud keinginan seksual. Masalah yang secara umumnya dihadapi oleh kaum wanita. Sesetengah orang menghadapi masalah libido disebabkan oleh faktor hormon yang sudah berkurangan.

Erectile Dysfunction pula membawa maksud di mana seorang lelaki tidak dapat menegangkan alat sulitnya walaupun ada rasa keinginan.

Punca masalah bagi kaum lelaki biasanya:

  • Stress – emosi, hutang, banyak kerja – mengganggu tenaga dan ereksi.
  • Rendah diri (malam pertama) – sendiri rasa tak boleh nak “perform”.
  • Penyakit kronik – diabetis, darah tinggi. Kesan sampingan dari makan ubat ubat. Pesakit perlu beritahu doktor sekiranya ada mengalami masalah ereksi selepas mula makan ubat.
  • Habit – mereka yang merokok dan minum alkohol adalah lebih mudah untuk menghadapi masalah ereksi.

Bagaimana Sheira, sebagai seorang wanita berkerjaya dengan 5 orang anak, dapat menjaga supaya kekal bertenaga sepanjang hari?

Sheira mengamalkan tidur yang cukup, makan dan berfikiran positif (fikirkan boleh). Kesan jika mula berfikir dah penat, beliau akan jatuh sakit.

Cara Sheira menghadapi Stress – Redha. Bila redha, dia lega. Beliau mengamalkan prinsip “Sabar itu sebahagian dari iman”.

Bagi Ejoy pula, beliau setakat ini tidak menghadapi apa apa “Stress”. Beliau akan cuba untuk mengelakkan dari mengalami “Stress”. Bertolak ansur dalam keluarga. Ejoy menghargai keunikan Sheira yang banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga mereka.

Bagi lelaki, seawal usia berapakah mereka boleh menghadapi masalah ereksi?

Menurut Doktor Zubaidi, 20 hingga 30 tahun yang lalu, masalah ereksi hanya dihadapi oleh lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Hari ini, mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada “perkara perkara tidak elok”, beliau mendapat email dan pertanyaan dari lelaki muda berusia awal 20-an.

Ramai yang baru berkahwin yang tidak dapat “melakukan hubungan” dengan betul – tidak dapat “perform” dengan baik.

Segmen Tanya Doktor

Q: Pakaian ketat menyebabkan “Erectile Dysfunction” (ED)?

A: Kesan secara tidak langsung. Mengganggu pembentukan sperma yang normal. Yang terhasil, sperma tidak normal. Tiada kajian menghubungkan pakaian ketat dengan disfungsi erektil. Ia menyumbang kepada masalah ketidak suburan.

Q: ED tanda kepada penyakit jantung?

A: Ya. Banyak kajian yang telah menunjukkan ED adalah tanda awal untuk mendapat penyakit lebih serious seperti sakit jantung.

Bagi pesakit diabetis, ED menunjukkan diabetis tidak dikawal dengan baik. Maka untuk mengawal ED, pesakit harus berusaha untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Caranya, adalah dengan menjaga pemakanan selain daripada ubat ubatan yang diambil.

Ramai yang berfikiran ED adalah penyakit berasingan. Doktor mencadangkan supaya mereka yang memang ada Diabetis, ada kolesterol tinggi dan mempunyai masalah ED, pergilah lakukan pemeriksaan awal untuk penyakit jantung.

Q: Bagi mereka yang ada Diabetis dan juga masalah ED, bagaimana nak membantu menyelesaikan masalah ED?

A: Rawatan bagi masalah ED boleh dikategorikan kepada dua, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Oleh kerana “ianya” adalah keperluan bagi seorang lelaki, maka ED adalah satu masalah yang besar. Jadi, untuk rawatan jangka masa pendek, hospital dan klinik akan memberikan ubat sildenafil seperti Viagra, Cialis dan sebagainya.

Tetapi, bagi mereka yang sudah selalu menggunakan Viagra dan Cialis, ia mungkin akan menjadi tidak berkesan.
Doktor mencadangkan supaya pesakit turut menumpukan perhatian kepada rawatan jangka masa panjang, iaitu pemakanan. Pemakanan adalah rawatan paling penting. Melalui pemakanan, masalah diabetis, darah tinggi dan kolesterol dapat dikawal dengan lebih baik.

Bila penyakit utama tersebut dapat dikawal dengan baik, masalah ED akan dapat dirawat dengan lebih mudah.

Beberapa makanan tambahan lain dicadangkan seperti Minyak Zaitun dan Madu.

Q: Apakah khasiat Kismis kering terhadap tenaga?

A: Kismis memberi tenaga kepada seseorang dengan khasiat gula buah buahan yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, ada beberapa kajian yang menunjukkan ia dapat menurunkan tekanan darah.

Maka secara tidak langsung Kismis mengembangkan salur darah pada alat sulit. Lantas ED dapat dirawat dengan lebih baik.

Q: Bagaiman Jus Delima membantu pesakit ED?

A: Selain memberi tenaga, Jus Delima juga merangsang saraf saraf di alat kelamin lelaki. Ia juga meningkatkan deria rasa lantas menjadikannya lebih sensitif. Ini akan memberikan rasa keseronokan dan menyebabkan ketegangan pada alat kelamin.

Q: Sama ada disedari atau tidak, ramai wanita yang mengalami masalah libido. Apa komen doktor?

A: Punca utama bagi wanita yang mengalami masalah libido adalah masalah emosi (contohnya akibat terlalu marah kepada suami) dan juga akibat terlalu penat.

Doktor mencadangkan, selain menjalin komunikasi antara pasangan yang baik, kedua dua pasangan perlu menjaga pemakanan supaya lebih bertenaga. Disertakan juga dengan tidur dan pengambilan air yang cukup.

Mudahnya Aafiyat.

Untuk menjaga kebahagiaan rumahtangga, Suami boleh bawa isteri keluar dating sekurang kurangnya seminggu sekali. Mudahnya Aafiyat.

Q: Selalukah Sheira dan Ejoy keluar dating berdua duaan dan tinggalkan anak anak di rumah?

Sheira: Selalu, bukan sahaja di luar, malah di dalam rumah. Macam pengantin baru.

Segmen Tips Pemakanan Sihat

Pemakanan sangat berkait rapat dengan libido atau keinginan seksual. Apakah ada makanan yang dapat meningkatkan atau menurunkan libido?

Libido dan Pemakanan

Makanan beri tenaga untuk riadah dan ibadat. Pilihan makanan yang betul dan sesuai dengan badan akan memberikan tenaga. 2 jenis makanan yang perlu diambil:

  1. Makanan yang tinggi antioksida.
  2. Makan bersifat anti keradangan (anti inflamatory) – elakkan chronic inflamatory (menyebabkan badan rasa sakit, penat, tidak bersemangat).

Petua zaman dulu – telur + madu – bukan untuk seksual sahaja.. untuk berikan tenaga untuk bekerja sebagai petani dan peladang. Pemakanan sihat ini perlu diamalkan semula.

Hari ini, orang banyak makan karbohidrat ringkas (refined carbo) – processed food, roti putih. Meningkatkan paras gula dalam darah yang disimpan menjadi lemak. Boleh menyebabkan “hyperglycemia” yang akhirnya menyebabkan penyakit.

Bagi kebanyakan mereka yang sudah berumur, ini menyebabkan hormon mereka menjadi rendah. Bukan itu sahaja. Ia juga menyebabkan penyakit penyakit.

Ianya bukan disebabkan makan banyak atau sedikit. Asasnya, pemilihan makanan. “Refined Carbo” itu sangat merbahaya.

Perkongsian pemakanan Sheira dan Ejoy

Ejoy : Saya, pasal makan, saya cerewet.

Shiera: Cerewet ya.. Bagi lah apa pun, dia makan aje. Tak sedap pun dia senyap. Tak pernah dia komplen saya masak.

Ejoy : Cerewet kalau tak ada makanan.

Produk Olivie Power Up

Olivie Power Up adalah produk terbaru di pasaran dari Olive House. Ianya:

  • Adalah 100% pati minyak zaitun semula jadi dari ladang ternama di Maghribi. Sejak 1887.
  • yang pertama di dunia dalam bentuk unik – butiran mutiara kecil.
  • Satu sudu teh bersamaan 10 liter minyak zaitun biasa.
  • Setiap sudu padat dengan kandungan antioksida. Di sokong kajian saintifik.
  • Mendapat pengiktirafan USDA Organic, EU Organic dan Kosher for Passover.

Selalunya orang takut hendak makan lemak. Lemak biasanya dikaitkan dengan kolesterol. Ada 2 jenis lemak iaitu “healthy fat” dan juga “bad fat”. “Healthy fat” adalah lemak dari tumbuh tumbuhan seperti minyak zaitun dan avocado. “Bad fat” pula adalah lemak dari daging merah.

Lemak memang sebahagian dari pemakanan yang wajib kita ambil. Oleh itu ambil healthy fat dari tumbuh tumbuhan seperti minyak zaitun. Lemak dari Minyak Zaitun tidak memudaratkan. Malah ia memberikan tenaga. Ianya kaya dengan lemak mono tak tepu (monounsaturated fat) yang sememangnya baik untuk badan.

Shiera: Rasa (Olivie Power Up) macam makanan orang putih yang biji biji (caviar). Sedaplah kalau campur/gaul dengan salad.

Produk Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan

Satu lagi produk makanan kesihatan dari Olive House. Ianya:

  • Adalah 100% Madu Asli gunung yang tidak tercemar.
  • Mempunyai kualiti unik multifloral yang dihasilkan lebah liar dan ribuan bunga.
  • Mengandungi khasiat yang terpelihara dengan kaedah tradisional – tanpa tapisan atau pemanasan.
  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa “World Beekeeping Awards 2017” kerana kecemerlangan kualiti dan mesra alam.

Sheira: Sedap (madu) Kyrgyzstan ni. Saya suka madu. Saya tak tahu, kalau beli madu di luar atau mana mana, madu itu elok atau tidak?

Doktor: Antara kriteria nak beli madu – tengok jenama yang dipercayai. Kalau beli di tepi tepi jalan, harganya mungkin murah sedikit. Itu mungkin memang dicampur. Selalunya madu asli harganya memang mahal.

Pengantin di India mengamalkan minum segelas susu yang dididihkan bersama kismis dan saffron. Apakah khasiat bahan bahan tersebut?

Bahan bahan tersebut mengandungi antioksida dan juga memberikan tenaga.

Apabila pasangan berkahwin, mereka berharap supaya si isteri dapat hamil secepat mungkin. Atas sebab itu, mereka disajikan makanan makanan yang memberikan tenaga dan rangsangan yang baik.

Kismis mengandungi antioksida dan asid amino (arginine) yang membantu meningkatkan libido.

Rumusan Power Up kan Kebahagiaan Rumahtangga

Komunikasi adalah perkara paling penting. Kedua dua pasangan perlu banyak bersabar. Tidak ada keluarga yang tidak menghadapi apa apa masalah.

Tenaga yang banyak diperlukan untuk melayan keranah anak anak dan pasangan. Bila dah kurang tenaga, akan mula nak marah marah. Bila dah marah, mulanya bibit bibit keretakan.

Berfikiran positif. Redha. Jangan fikir yang bukan bukan. Elakkan berburuk sangka.

Tontoni rancangan Aafiyat Lifestyle Musim Ke-2 Episod 1 ini secara online di Saluran Youtube Aafiyat Lifestyle.

Kuiz Aafiyat Lifestyle Musim Ke-2 Episod 1

Setiap episod Aafiyat Lifestyle menyediakan peluang kepada penonton untuk memenangi hadiah lumayan dari Olive House yang bernilai RM500 (untuk Episod 1).

Penonton hanya perlu mendapatkan dua kata kunci yang diberikan di dalam rancangan. Kata kunci tersebut adalah jawapan kepada soalan yang disediakan di laman web kuiz. Alamat (URL) web kuiz juga diberikan di dalam rancangan.

3 jenis hadiah di tawarkan dalam Kuiz Aafiyat Lifestyle:

  1. Hadiah Utama (1 pemenang) – Pemilihan secara cabutan bertuah.
  2. Hadiah Referal Paling Tinggi (1 pemenang) – Peserta yang mendapat jumlah penyertaan tertinggi dari perkongsian link Kuiz.
  3. Hadiah Rakan Pemenang Utama – Peserta yang mana link perkongsiannya digunakan oleh Pemenang Hadiah Utama.

Sertailah Kuiz Aafiyat Lifestyle setiap Jumaat 9:30 malam sehingga Sabtu 1:00 petang ketika rancangan Aafiyat Lifestyle sedang bersiaran.