Salad segar yang penuh khasiat. Salad Bayam dan Delima ini sedap ditos bersama minyak zaitun dan jus lemon. Salad ini boleh juga ditos bersama Sari Cuka Buah Tin ataupun Cuka Delima/Balsamik.

Resepi di bawah adalah untuk satu hidangan tetapi lebihan ayam yang dipanggang boleh disimpan dan dimakan esok.

Berikut adalah resepinya:

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Bahan-Bahan

Ayam
1 sudu besar minyak zaitun
1 keping dada ayam
Garam laut dan lada hitam secukup rasa
1 1/2 sudu kecil herba campuran Itali

Salad
2 genggam bayam (tanpa tangkai keras)
1/2 sudu kecil minyak zaitun / sari cuka buah tin / cuka lain-lain
1-2 sudu kecil jus lemon atau secukup rasa
Garam laut dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan isi buah delima

Cara – Cara

1. Letakkan minyak zaitun asli di dalam kuali leper, dan masukkan dada ayam. Masak ayam menggunakan api sederhana panas. Pastikan kedua-dua belah dada ayam telah disapu dengan garam laut, lada hitam dan herba campuran Itali dengan sekata dan secukup rasa.

2. Gaulkan bayam tadi dengan minyak zaitun, jus lemon, garam laut dan lada hitam. Anda boleh juga gantikan minyak zaitun dengan Sari Cuka Buah Tin atau cuka yang lain untuk digaul bersama bayam dan bahan-bahan lain. Setelah digaul dengan sebati, hidangkan di atas pinggan / mangkuk salad dan taburkan isi buah delima di atasnya.

3. Apabila ayam yang dipanggang tadi sudah masak, biarkan ia rehat selama 1 minit untuk mengelakkan isi ayam menjadi kering. Kemudian hiris ayam dan letakkan di atas salad.

Resepi yang mudah lagi berkhasiat sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

“Sama – Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat”