Manusia sangat memerlukan tubuh badan yang berstruktur terutamanya untuk pergerakan dalam kehidupan seharian. Jaringan sistem yang terlibat dalam membentuk struktur yang baik serta memudahkan fungsi pergerakan ialah sistem skeleton (rangka manusia), yang terdiri daripada 206 tulang dengan jaringan ‘tendon’, ligament’ dan ‘Cartillage’ bagi setiap individu dewasa.

Peranan Sistem Rangka Tulang

Sistem ‘skeleton’ ini berperanan untuk memberi perlindungan dan sokongan kepada organ dalaman, sebagai punca penghasilan darah oleh sumsum tulang, serta menjadi tempat penyimpanan bagi mineral tertentu seperti kalsium dan fosforus.

Antara peranan-peranan utama sistem skeleton adalah peranan tengkorak yang melindungi otak manusia dan juga tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Sistem ‘skeleton’ yang terdiri daripada 206 tulang ini perlu bertahan kuat dan terletak pada struktur yang betul agar dapat dielakkan dari berlakunya sebarang kemerosotan kepada kualiti tulang.

Osteoporosis

OsteoporosisImage By Aisha Huseynova

Antara kemerosotan yang kerap berlaku ialah seperti osteoporosis, iaitu situasi yang dihuraikan sebagai pengurangan kepada ketumpatan jisim tulang, di mana pengurangan kepada kekuatan yang mengakibatkan tulang rapuh serta mudah patah. Ia sering berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dan terutamanya apabila telah masuki tahap umur ‘menopause’.

Pemakanan harian kita, hakikatnya, mampu membantu pembentukan tulang yang kuat dan sihat agar dapat bantu atasi osteoporosis ini.

Untuk tujuan ini, makanan kita perlu ada kandungan mineral kalsium, magnesium, fosforus, vitamin c dan k serta kandungan protein dan antioksida. Ramai wanita lebih gemar mengamalkan minuman berasaskan produk tenusu sebagai pencegahan awal kepada osteoporosis tanpa menyedari bahawa amalan ini bukanlah cara penyelesaian sepenuhnya untuk situasi osteoporosis ini.

Penyerapan kalsium yang ada di dalam minuman berasaskan produk tenusu daripada sumber haiwan hanyalah 30% jika dibandingkan dengan kalsium daripada sumber tumbuh-tumbuhan iaitu sebanyak 100% penyerapannya ke dalam tubuh badan.

Amalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan memilih pemakanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Khasiat yang diperolehi dari hasil sinergi antara campuran serbuk kayu manis dan madu mengandungi bahan-bahan nutrisi yang disebutkan di atas.

Sinergi ini membantu pembentukan tulang yang kuat serta juga penghasilan kolagen secara alami yang juga berperanan mengelakkan osteoporosis berlaku.

Mudahnya Aafiyat

Justeru, untuk mendapatkan manfaat sinergi yang disebutkan di atas, adalah disarankan amalan minuman harian dengan sukatan seperti berikut:

Amalkan bancuhan air kosong dengan 1 sudu besar madu (Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan) dan setengah sudu teh serbuk kayu manis (Serbuk Kayu Manis Ceylon) setiap pagi dan malam. Anda akan merasai kecergasan badan serta ketenangan minda juga apabila diamalkan secara istiqomah. Mudah sahaja bukan?

InsyaAllah, tulang kuat, badan sihat, minda hebat! Sama Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat