Dalam episod 3 program Aafiyat Lifestyle bersama pengacara tetap, Azizah Ariffin dan Dr. Norman Norawi serta tetamu selebriti Nassier Wahab dan doktor pakar, Dr. Nicholas Khong yang merupakan seorang penyelidik dan pensyarah Bioscience di Universiti Putra Malaysia membincangkan topik tentang  kaitan antioksida dan radikal bebas dengan awet muda.

Nasir Wahab 795x416

 

Apa yang dibicarakan  dalam episod kali ini ialah terdapat beberapa elemen yang menyumbang kepada penuaan yang cepat di antaranya ialah radikal bebas, stress, hormon tidak seimbang, senaman dan pemakanan.

 

Namun yang paling mudah menyerang ialah radikal bebas. Ia sebenarnya molekul atau atom yang kekurangan satu biji elektron.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Disebabkan kekurangan satu daripada elektron ini, ia menjadi tidak stabil.

Apabila ia tidak stabil, radikal bebas ini akan mula menyerang sel – sel terutama sekali protein dan minyak dalam badan yang boleh menyebabkan kedutan.

Healthy Atoms Free Radicals AntiOxidants 795x416

 

Selain daripada itu, radikal bebas boleh menjadi lebih serius apabila ia mula menyerang DNA (gen) badan manusia kerana ia mengakibatkan pembentukan kanser.

Sebenarnya radikal bebas boleh terhasil secara semulajadi dalam tubuh manusia apabila manusia bernafas.

Namun begitu,  disebabkan unsur-unsur luar yang terlalu banyak seperti cahaya UV matahari, keradangan, metabolisma, pencemaran , radiasi, merokok dan stress ia ‘membantu’ radikal bebas menyerang lebih pantas.

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh individu untuk memastikan diri kekal awet muda.

 

Diantaranya ialah dengan mengelakkan stress dan makan makanan yang tinggi kadar antioksida.

Seperti diterangkan oleh pakar, Peranan antioksida  ialah mengganti neutron yang tidak stabil.

Kita boleh mendapatkan sumber – sumber antioksdia daripada  tumbuh-tumbuhan (plant based) ataupun sumber haiwan (animal based)

Sumber tumbuhan menyediakan antioksida yang dinamakan sebagai Vitamin C, polyphenols dan flavonoid.

Manakala sumber haiwan ialah protein dan minyak.

Buah Buahan 795x416

 

Dr.Norman berkongsi tips, pilih buah – buahan yang berwarna terang seperti ungu oren, kuning dan sebagainya kerana ia lebih tinggi kadar antioksida. Sama halnya juga dengan sayur – sayuran pilih yang berwarna terang.

Disamping itu, banyakkan makan ulam – ulaman dan juga rempah ratus seperti kayu manis ceylon dan bunga cengkih kerana ia memiliki antioksida yang tinggi.

Tambahan lagi,  amalan makan minyak zaitun extra virgin boleh mencegah penuaan kerana ia mengandungi antiosida yang tinggi dan larut lemak serta larut air.

Zaitun 795x416

 

Dr. Nicholas mengingatkan kepada orang ramai agar tidak mengambil antioksida secara berlebihan.

Cukup sekadar memilih daripada sumber yang terbaik sebagai contoh minyak zaitun extra virgin, jus delima atau madu asli yang turut membekalkan antioksida yang  banyak dan mencukupi.

Namun, berhati – hati ketika memilih jus delima yang ada  dijual dipasaraya kerana kebanyakannya telah dicampur dengan gula.

Pejualan minyak zaitun di luar juga ada yang telah dicampur dengan minyak lain dan dilabelkan sebagai ‘extra virgin’.

Jauh berbeza dengan minyak zaitun ‘extra virgin Olive house’ yang tiada campuran lain dan 100% asli.

lebih menarik, pengguna ditawarkan dengan satu lagi jenis minyak zaitun iaitu Olivie Plus 30  yang lebih istimewa berbanding minyak yang lain kerana ia ditanam dikawasan gurun. Hasilnya, kandungan pholephenolnya  meningkat dan lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa.

Secara kesimpulannya, amalkan makan makanan sihat dan cara hidup yang lebih ceria untuk terus kekal awet muda.