Episod kali ini pihak program Aafiyat Lifestyle menjemput pasangan selebriti popular Zamarul Hisham dan Diana Rafar untuk  bersama – sama membincangkan topik hangat suami isteri iaitu ‘Disfungsi seksual’.

Seperti biasa, pengacara tetap  ialah Azizah Ariffin dan Dr. Norman Norawi memulakan bual bicara dengan memberikan definisi tentang ‘disfungsi seksual’.

‘Disfungsi seksual’ membawa maksud ketidakupayaan dalam melaksanakan tugas seksual yang normal yang boleh berlaku ke atas lelaki mahupun wanita.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Pasangan Atas Katil 795x416

Di dalam hubungan seksual itu sendiri akan terdapat pasangan yang aktif ataupun pasif. Lelaki akan menjadi bermasaalah dalam seksual sekiranya tidak aktif. Manakala wanita boleh menjadi pasif berdasarkan gangguan emosinal atau psikologi.

Proses ‘disfungsi seksual’ ini boleh berlaku secara berperingkat atau beransur – ansur. Faktor pertamanya ialah psikologi. Kedua ialah hormon (kerana penuaan) seterusnya kerana kerosakan saraf dan paling banyak sering berlaku ialah masalah saluran darah pada alat kelamin.

Untuk segmen soal jawab bersama doktor pakar, penonton diperkenalkan dengan Dr. Zubaidi Ahmad, seorang doktor perubatan senior dalam kumpulan perubatan penawar.

Dr Zubaidi Ahmad 795x416

Umum bagi lelaki, ‘disfungsi seksual’ dibahagikan kepada tiga kategori iaitu masalah ketegangan, pancutan awal dan pancutan lambat atau tiada langsung. 70% daripadanya adalah mengalami masalah ketegangan.

Kebiasaannya masalah ketegangan berlaku pada usia 50 tahun  atau 60 tahun dan ke atas. Namun berbeza pada hari ini di mana, masalah ini telah banyak berlaku seawal usia 23 tahun.

Penyumbang kepada masalah ini ialah kerana faktor penurunan hormon testostren yang lazimnya berlaku akibat daripada proses penuaan.

Pisang 795x416

Selain itu ialah penyakit kronik seperti diabetis atau darah tinggi.

Kebanyakan lelaki muda yang mengalami masalah fungsi seksual adalah kerana kekerapan melakukan onani ketika remaja seawal usia 10 tahun atau 12 tahun.

Kesan daripada tindakan beronani ialah ia akan merosakkan saraf zakar dan menganggu psikologi seksual.

Gangguan psikologi di sini bermaksud, seseorang lelaki yang beronani akan ‘berfantasi’ atau membayangkan sesuatu yang merangsang dirinya. Namun apabila di dalam dunia realiti, apabila telah berkahwin mereka mendapati fantasi dan realiti itu tidak sama.

Hal inilah yang mendorong mereka untuk memuaskan nafsu secara onani berbanding dengan pasangan mereka.

Seterusnya ialah penurunan paras hormon testosteron akan menyebabkan masalah ketegangan dan mengurangkan rasa ghairah.

Diabetis di antara penyakit kronik yang disebut boleh menganggu fungsi seksual dan ia melibatkan sama ada lelaki mahupun wanita.

Selain daripada itu ialah penyakit saluran darah. Penyakit ini dikenali sebagai atherosclerosis. Ia berlaku bilamana pengumpulan kolestrol terlampau banyak dan ia akan masuk pada dinding saluran darah dan akhirnya menyumbatkan atau menyempitkan  saluran darah. Dan ini mengkibatkan kesukaran untuk zakar menegang apabila saluran darah telah tersumbat.

Ubat kuat yang dikatakan sebagai suplemen dan dijual dengan melambak di pasaran online sebenarnya tidak mendapat kelulusan KKM  dan mengandungi bahan yang terlarang.

Untuk mengetahui samaada itu adalah suplemen atau ubat kuat ialah, ubat kuat apabila diambil akan memberi tindak balas yang begitu cepat. Sedangkan suplemen mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan masalah berkaitan seksualiti.

Untuk mengatasi masalah berkaitan ‘disfungsi seksual’, bebeberapa bahan semulajadi seperti madu organik, jus delima dan minyak zaitun merupakan pemakanan yang disyorkan oleh pakar dan menjadi amalan harian Zamarul Hisham dan Diana Rafar.

Dr Norman Jus Delima 795x416

Kelebihan jus delima ialah ia mampu membantu mencegah masalah penyempitan saluran darah. Dan telah diterangkan oleh Dr. Norman, jika seseorang itu sudah mengalami masalah ini, dengan amalan minum jus delima, ia dapat ‘membuka’ kembali saluran darah yang bermasalah itu tadi.

Zamarul Hisham turut menambah, semenjak beliau mengamalkan jus delima, badan beliau lebih bertenaga dan penglihatan lebih jelas tanpa perlu menggunakan bantuan kaca mata pada waktu malam.

Seperti madu pula, kita digalakkan untuk mengamalkan kerana ia membantu menaikkan paras testosteron dan juga paras nitrik oksida (NO) pada dinding saluran darah (mengembangkan kembali saluran darah).

Berbeza dengan madu lain, pengguna disyorkan untuk mencuba Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan kerana ia dihasilkan oleh lebah liar daripada pelbagai spesis flora di pergunungan Kyrgyzstan yang tidak tercemar.

Antara makanan lain yang boleh membantu meningkatkan seksualiti ialah sayur – sayuran berwarna. Dan juga buah – buahan tropika seperti nenas.

Nenas mengandungi ‘bromolin’ yang baik untuk saluran darah kerana bersifat anti keradangan dan anti oksidan.

Nenas 795x416

Disamping itu, makanan yang kaya dengan protein seperti telur, tiram dan sebagainya dapat membantu meningkatkan fungsi seksual.

Untuk jenis vitamin pula, orang ramai boleh mengambil vitamin E, vitamin C dan vitamin B kerana ia boleh menghalang masalah penyumbatan salur darah.

Vitamin E ini boleh didapati dalam pati minyak zaitun. Tambahan lagi, kelebihan minyak zaitun yang mengandungi anti oksidan tinggi, membuatkan ia menghalang masalah kolestrol menyumbat pada saluran darah.

Semakin tinggi kadar anti oksida yang ada dalam minyak zaitun, semakin lebih baik fungsinya untuk membantu hubungan seksual. Di antara minyak zaitun pilihan yang dicadangkan untuk pengguna cuba ialah Minyak Zaitun Olivie Plus 30X Olive House.

Dr. Norman berkongsi satu petua, jika minyak zaitun dicampurkan dengan buah tin  (rendam) dalam minyak zaitun ia boleh meningkatkan paras nitrosit. Anda boleh mendapatkan buah tin separa segar Olive House yang dihasil secara segar dari Turki.

Secara konklusinya, amalkan makan makanan yang sihat dan elakkan daripada mengambil makanan segera. Rakyat Malaysia ramai yang kekurangan serat. Oleh itu banyakkan makan sayur – sayuran dan buah  – buahan serta jangan lupa mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.