RAMBUT DAN KULIT SIHAT

Artis jemputan yang diundang dalam episod kali ini ialah Farawahida dan Dr. Mohd Nasir Othman, Doktor perubatan Kulit dan Estetik di Hospital Kerajaan selaku doktor pakar jemputan untuk sesi soal jawab bersama pakar.

Dr. Mohd Nasir Othman menerangkan struktur kulit manusia terbahagi kepada dua iaitu epidermis dan dermis serta ditumbuhi rambut yang keluar daripada lapisan dermis.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Botak 795x416

Tambahnya lagi. masalah keguguran rambut dikategorikan sebagai normal jika rambut gugur dalam jumlah 100 helai  sehari.

Hal ini berlaku kerana pertumbuhan rambut berlaku secara bukan serentak. Ada rambut yang akan tumbuh, rehat dan gugur.

Selanjutnya, di bahagian dermis akan berkumpulnya protein atau dikenali sebagai kolagen.  Elastin (mengekalkan kerangka kulit) dan kolagen penting untuk mengelakkan masalah kedutan.

Diterangkan pula oleh Dr. Norman, jika kolagen berkurangan, maka lapisan dermis akan berlekuk dan menghasilkan kedutan.

Antara sebab kolagen boleh berkurangan adalah kerana cara pemakanan yang salah. Terlalu banyak mengambil makanan bergula, makanan diproses ataupun makanan tinggi lemak trans seperti marjerin dan krimer adalah penyebab utama kulit mudah berkedut.

Keratan Rentas Kulit 795x416

Disamping itu, cahaya matahari dan asap rokok juga penyebab yang membuatkan kolagen berkurangan. Asap rokok misalannya mengandungi  toksin dan radikal bebas yang akan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.

Cara untuk menangani masalah kolagen berkurangan ialah dengan pemakanan yang sihat seperti makan buah – buahan, sayur – sayuran dan juga minyak sihat akan melindungi kulit di bahagian luar daripada berkedut serta  jangan lupa memakai krim perlindungan cahaya matahari.

Penjagaan kulit yang sihat tidak akan lengkap dengan hanya bergantung pada pemakaian produk yang tinggi dengan kolagen jika tidak disertakan dengan pengambilan makanan yang sihat.

Dan fakta menarik yang dikongsi oleh Dr. Nasir, keadaan kulit akan mendefinisi keadaan rambut juga. Sebagai contoh, kulit berminyak rambut akan berminyak. Dan kulit yang kering  akan memiliki rambut yang kering.

Hal ini terjadi kerana penghasilan minyak berlaku di bahagian kulit dan ditolak ke atas kulit kepala. Oleh itu minyak yang dimakan oleh kita sangat mempengaruhi situasi kulit dan rambut.

Minyak kelapa atau minyak zaitun merupakan minyak sihat yang sangat disyorkan pengambilannya kerana tinggi dengan kadar anti oksidan, kaya dengan vitamin E.

Serta makanan yang tinggi dengan serat seperti buah – buahan berupaya menambah kolagen dalam kulit, meningkatkan probiotik yang dapat menyihatkan usus dan boleh mengurangkan masalah alergik.

Produk Olive House terdiri daripada dua jenis minyak zaitun iaitu Pati minyak Zaitun dan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x yang mengandungi 30x ganda kadar anti oksidan berbanding minyak zaitun yang biasa.

Kadar anti oksidan yang tinggi dalam minyak zaitun Olivie Plus 30x itu terhasil daripada pokok zaitun yang ditanam di kawasan gurun yang agak sukar untuk mana – mana tumbuhan untuk hidup.  Namun, bagi  pokok zaitun, semakin ‘stress’ situasi untuk ia  tumbuh, semakin tinggi anti oksidan dihasilkan dari pokok berkenaan untuk memastikan ia kekal hidup.

Lagi satu Dr. Nasir menambah , dengan makan madu asli seperti Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan membantu penghasilan probiotik untuk membuatkan usus lebih sihat. Membuatkan saraf lebih baik. Dan  Kulit lebih cantik serta tinggi dengan anti oksidan.

Pemakaian serum berasaskan vitamin dan bukan bahan kimia turut dapat membantu menyihatkan kulit. Dr.Norman menerangkan, pakai serum sebelum memakai make up dapat melindungi permukaan kulit daripada terjejas atau rosak.