TOPIK: “REPUT TULANG”

Barisan tetamu jemputan yang memeriahkan perbincangan episod ini ialah Khadijah Tan, pelakon tanah air dan doktor pakar, Dr. Norhaslinda Mat Hassin yang merupakan Doktor Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Estetik.

Dijelaskan dalam topik ini, manusia memiliki sebanyak 206 tulang.

Skeletons 795x416

 

Tulang yang berisiko menghidap masalah reput ialah tulang peha dan tulang belakang serta beberapa tulang kaki.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Kebanyakkan wanita akan mengalami masalah tulang di bahagian tulang pinggul.

Apabila tulang di bahagian pinggul ini telah patah, ia sukar untuk dirawat dan pesakit hanya mampu terbaring.

Di dalam bidang perubatan, istilah untuk reput tulang dikenali sebagai osteoporosis.

Porus Bones 795x416

Osteoporosis ini ialah keadaan di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah kerana kehilangan ketumpatan.

Faktor kepada pereputan tulang ini ada banyak seperti kerana peningkatan usia atau penuaan, hormon, kekurangan Vitamin D, kekurangan mineral seperti kalsium, magnesium atau zinc.

Masalah kekurangan Vitamin D berpunca daripada kerap melakukan aktiviti indoor dan pakaian muslimah juga boleh menjadi kekangan untuk wanita menerima sumber cahaya matahari awal pagi untuk menyerap Vitamin D.

Sunset Ok 795x416

Ini kerana cahaya matahari awal pagi merupakan sumber untuk tubuh menerima Vitamin D.

Masalah lain ialah kerana kurang bersenam dengan teknik senaman mengangkat beban.

Selain daripada itu puncanya ialah kerana mengalami masalah buah pinggang.

Untuk seseorang yang mengalami bongkok tulang belakang, keadaan ini berlaku kerana tulang belakang mengalami kepatahan akibat tekanan.

Masalah ini juga mudah dialami oleh wanita berbanding lelaki.

Ia disebabkan pada asasnya tulang lelaki lebih kuat berbanding wanita. Fizikal lelaki juga lebih besar.

Dan wanita pula ramai yang bertubuh kecil dan ini  membuatkan wanita asia secara am nya lebih mudah untuk mengalami masalah pereputan tulang.

Disamping itu juga, wanita banyak dipengaruhi dengan faktor hormon estrogen.

Semakin meningkat usia atau mencapai menopause semakin kurang penghasilan hormon ini maka ia akan menjejaskan tulang.

Apa yang merisaukan ialah, penyakit osteoporosis boleh berlaku tanpa ada apa – apa simptom yang jelas dan pakar menggelarkannya sebagai penyakit senyap.

Disebabkan penyakit ini sukar dikesan secara kasar, wanita berusia 40 an ke atas disarankan untuk menjalani pemeriksaan tulang.

Dalam penjelasan pakar, struktur tulang tidak hanya terdiri daripada kalsium.  Ia sebenarnya mengandungi kolagen dan sel – sel hidup yang sentiasa menjana tulang baru.

Apabila sel – sel terganggu, inilah yang menyebabkan pereputan tulang.

Antara risiko yang ditanggung oleh mereka yang mengalami masalah osteoporosis ini adalah tulang mereka akan mudah patah dengan kecederaan yang ringan.

Oleh itu, sumber makanan yang tinggi protein penting untuk kekuatan tulang dan sendi.

Begitu juga dengan Vitamin C, keperluannya penting untuk menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk tulang.

Cara untuk membantu tulang dan sendi kembali kuat ialah dengan menjaga pemakanan sihat dan mengawal hormon secukupnya.

Di dalam produk Olive House  terdiri daripada Jus Delima, Buah teen separa segar dan minyak zaitun yang boleh membantu mencegah osteoporosis.

Hal ini kerana, asas kepada pembentukan vitamin ialah daripada kolestrol dan kolestrol ini diperolehi daripada sumber minyak sihat.

Antara minyak sihat yang disyorkan oleh pakar ialah minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak kelapa sawit dan minyak ikan.

Dengan makan minyak zaitun misalnya, ia membekalkan Vitamin D yang secukupnya untuk keperluan tubuh manusia.

Seperti jus delima pula, ia mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi dan baik untuk kekuatan tulang.

Buah teen separa segar pula mengandungi serat, fosforus dan magnesium untuk penyerapan kalsium ke tulang dan sendi.

Selain itu, sumber makanan yang kaya dengna Vitamin D ialah ikan, telur, bijirin berserat penuh dan cendawan.

Nasi lemak merupakan sajian sarapan pagi yang baik untuk keperluan tulang dan sendi kerana ia terdiri daripada makanan yang sihat.

ALS01E06 Vitamin D 795x416

Seperti ikan bilis, ia mengandungi sumber kalsium yang tinggi.

Secara umumnya kebanyakan ikan mengandungi Vitamin D.

Dan untuk lebih sihat, Doktor pakar memberi tips untuk bakar ikan bilis di dalam ketuhar. Berbanding digoreng ke dalam minyak untuk mengekalkan nutrisinya.

Begitu juga dengan kuning telur, ia kaya dengan sumber Vitamin D.

Kesimpulan daripada episod ini, dengan amalan pemakanan yang sihat dan menjalani kehidupan yang baik seperti melakukan senaman, ia dapat membantu mengelakkan masalah osteoporosis daripada menyerang tulang dan sendi kita.