Jangan Tersalah Karbo

Episod “Jangan tersalah karbo” menjemput selebriti, Ayu Raudhah dan soal jawab bersama pakar, Dr. Norhaslinda Mat Hassin seorang Doktor Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Regenatif dan Perubatan Estetik.

ALS01E07 Ayu Raudhah 795x447

Dr. Norman Norawi membuka topik dengan menerangkan karbohidrat terdapat dua jenis iaitu karbohidrat sihat dan karbohidrat tidak sihat.

Apabila menyentuh soal karbohidrat ia akan berkait dengan indeks glisemik (GI)

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Indeks glisemik (GI) ialah ukuran berapa cepat makanan karbohidrat menjadi glukosa dalam darah.

ALS01E07 Glycemic Index 795x447

Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan rendah.

Indeks glisemik yang baik ialah yang rendah.

Makanan yang Indeks glisemiksnya rendah akan menggunakan insulin yang rendah untuk dirangsang dan  paras glukosa menjadi lebih stabil serta memanjangkan masa kenyang berbanding makanan yang indeks glisemiksnya tinggi.

Apabila ia menjadi terlalu cepat, ia akan tidak sihat. Dan apabila ia perlahan, badan boleh menggunakan kesemua glukosa yang ada untuk keperluan tubuh.

Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras glukosa dalam darah. Kesan daripada gangguan insulin boleh menyebabkan penyakit diabetis.

ALS01E07 Makanan Sihat 795x447

Salah satu tips untuk makan makanan sihat ialah dengan ‘mengenyangkan’ perut dengan buah – buahan dan sayur – sayuran bukan dengan nasi yang banyak.

Nasi yang memiliki indeks glisemik rendah ialah seperti daripada beras perang, beras herba dan beras basmathi.

Disamping itu, setiap hidangan perlu dimakan  bersama makanan seimbang yang terdiri daripada protein, fiber dan sebagainya termasuklah segelas air putih.

Seseorang yang suka menggantikan buah – buahan dengan jus buah di pasaran dan mengambil secara berlebihan akan menjadi tidak sihat kerana kandungan fruktosa dan gula yang tinggi.

Jika masih ingin memilih jus, jangan buang seratnya atau pilih jus tumbuhan organik melalui proses cold pressed, fruktosa rendah  serta tanpa gula seperti Jus delima Az- granata keluaran Olive House dan pengambilannya harus diminum sedikit sahaja dan bukan satu gelas penuh.

Seperti disarankan oleh pakar, lebih baik makan buah secara mentah kerana kandungan fiber atau seratnya masih dijaga.

Tambahan lagi, salah satu cara untuk kita mengawal kolestrol dalam darah ialah dengan mengawal pengambilan karbohidrat dengan indeks glisemik (GI) rendah.

ALS01E07 Kawal Karbohidrat 795x447

Antara jenis karbohidrat sihat  dengan indeks glisemiks yang rendah ialah semua jenis sayur – sayuran seperti brokoli, kacang kuda dan kacang merah dan buah – buahan.

Apa yang orang ramai perlu faham ialah makanan berkarbo perlu dipertimbangkan dari aspek indeks glisemik dan bukan kalori semata – mata.

Karbohidrat dengan kandungan serat yang tinggi mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah.

Buah teen antara makanan berkarbohidrat tinggi tetapi rendah indeks glisemik yang kaya dengan fiber, mineral dan khasiat – khasiat lain.

Doktor Norman menyatakan, buah – buahan  boleh dimakan diantara waktu makan sebagai ‘snek sihat’.

Dengan mengambil makanan seimbang, ia dapat membantu tubuh menjadi sihat dan mencegah risiko penyakit kolestrol tinggi dan kencing manis.