LEBIH BAHAGIA TANPA DIABETIS

Dalam episod lapan program Aafiyat Lifestyle, tetamu undangan istimewa yang dijemput ialah Ebby Yus dan pakar, Dr. Saifuzzaman Yusoff seorang Doktor Pakar Perubatan Keluarga, Penuaan Sihat, Perubatan Nutrisi dan Perubatan Estetik.

ALS01E08 Ebi Yus 795x447

Kebiasaan orang ramai menyamakan diabetis dan kencing manis adalah sesuatu yang sama.

Menurut Dr. Norman, sebelum seseorang mengalami kencing manis, ia  terlebih dahulu mendapat diabetis.

Aafiyat Lifestyle Musim 2

Hal ini disebabkan oleh paras glukosa yang akan tinggi terlebih dahulu.

Diabetis berlaku apabila paras glukosa dalam darah melebihi 8mmol/L dalam keadaan seseorang itu tidak makan dan minum atau berpuasa.

Paras gula yang tinggi  akan dikeluarkan menerusi air kencing. Dan kerana itu penyakit ini turut dikenali sebagai penyakit kencing manis.

ALS01E08 Gaya Hidup Tidak Sihat Punca Diabetes 795x447

Berkongsi pengalaman, Ebby Yus menceritakan pertama kali beliau didiagnosis menghidap diabetis ketika di usia 30 lebih sewaktu itu doktor sedang membuat pemeriksaan mengesan masalah jantung ke atas beliau.

Ebby Yus turut mengakui berat badannya berlebihan sewaktu didiagnosis penyakit tersebut.

Dr. Norman menerangkan sememangya terdapat kaitan yang tinggi di antara penyakit kencing manis dan obesiti.

Masalah obesiti yang sering terjadi ialah kerana makan berlebihan dengan mengambil banyak karbohidrat seperti  nasi.

Ramai perlu tahu bahawa karbohidrat berlebihan adalah pembawa kepada masalah diabetis.

Tambahan lagi, jika seseorang itu gemar mengambil gula atau makanan dan minuman manis, ia akan menggandakan lagi masalah diabetis ini.

Mungkin ramai yang tidak sedar, apabila makan nasi bersama minuman manis disertakan lauk pauk berkemungkinan dalam sajian itu turut ditambah dengan gula.

Gula tersembunyi ini akan menyebabkan gula berlebihan tanpa disedari.

Selain daripada kesilapan pengambilan makanan, masalah genetik menjadi penyumbang kepada diabetis.

Seseorang itu akan berisiko sebanyak 50% untuk mendapat diabetis sekiranya ibu menghidap diabetis. Dan risikonya akan meningkat 75% jika ibu dan bapanya adalah penghidap diabetis.

Pun begitu, lifestyle atau gaya hidup yang tidak sihat merupakan masalah utama yang membuatkan seseorang boleh menghidap diabetis meskipun memiliki genetik masalah diabetis.

ALS01E08 Risiko Diabetes 795x447

Untuk mengetahui apakah simptom – simptom orang yang mengalami kencing manis ini ialah salah satunya ia akan sering haus walaupun kerap minum air.

Dan juga keinginan untuk makan adalah tinggi.

Mungkin ramai juga tidak tahu, penyakit diabetis mellitus adalah penyakit nombor satu di Malaysia.

Berdasarkan data, seramai 4.2 juta penduduk di Malaysia menghidap diabetis dan pradiabetis.

Implikasi menakutkan apabila seseorang mendapat kencing manis, ia akan merosakkan saluran darah dan menyebabkan masalah atherosclerosis.

Bayangkan betapa banyaknya saluran darah dalam tubuh manusia seperti di otak, jantung, buah pinggang, usus dan sebagainya.

Jika saluran darah mula tersumbat, ia akan mengakibatkan serangan jantung. Apabila saluran darah tersumbat di bahagian otak, ia akan menyebabkan strok. Dan apabila saluran darah tersumbat di bahagian buah pinggang, ia akan menyebabkan kegagalan ginjal dan ginjal rosak.

Kesan lainnya ialah ia turut menyerang kaki (gangrene kaki), buta mata, rosak paru – paru, usus dan semua organ dalam badan  boleh rosak jika penyakit ini tidak dikawal.

Salah satu cara untuk mencegah daripada penyakit ini ialah dengan makan lebih banyak sayur – sayuran bersamaan setengah pinggan. Dan pelbagaikan jenis sayur dan warna.

Jika mahu makan nasi, pilih nasi yang tinggi dengan serat seperti beras perang.

ALS01E08 Nasi Tinggi Serat Beras Perang 795x447

Disamping mengawal cara pemakanan, seseorang itu boleh mengambil cuka seperti sari cuka teen kerana ia membantu mengawal paras glukosa.

Cara pengambilan sari cuka teen Olive House ialah dengan mencampurkan satu sudu makan sari cuka teen ke dalam separuh gelas air dan satu sudu makan Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan untuk menyeimbangkan rasa.

Dr.Saifuzzaman menerangkan, mengapa madu ataupun buah – buahan ia manis tetapi baik untuk pesakit diabetis ialah kerana kandungan semulajadi dalam bahan itu seperti serat yang tinggi menjadi penawar untuk menghilangkan ‘racun’ daripada gula.

Selain daripada dicampur bersama sari cuka teen, madu turut boleh digabungkan bersama Kulit Kayu Manis Ceylon untuk membantu mengawal paras glukosa.

Sehubungan itu, sentiasalah mengambil berat tentang cara pemakanan dan gaya hidup agar kehidupan lebih sihat dan bahagia.